Sunday, February 27, 2011

CARTA UNTUK PENGGUNA

Kepada pengguna notebook / netbook di Malaysia, saya lihat ramai pengguna selesa untuk memilih HP dan Acer sebagai pilihan utama tetapi tahukah anda bahawasanya jenama jenis inilah antara penyumbang kerosakkan terbanyak di dunia ini setelah 2 - 3 tahun. sila lihat carta di bawah untuk keterangan lanjut.


Ramai pengguna tidak tahu bahawa laptop yang sedang di gunakan bakal rosak suatu hari nanti. Mungkin 2 tahun, mungkin 3 tahun.. Tiada siapa yang tahu tetapi tahukah anda bahawa anda boleh memanjangkan jangka hayat laptop anda dengan beberapa cara? Di sini saya terangkan serba sedikit cara pengjagaan laptop sebelum laptop anda mengalami kerosakkan.

1- Anda perlu sentiasa memeriksa CPU Fan. Pastikan kipasnya sentiasa berputar seperti biasa.
2- Periksa tahap kepanasan selepas 1 jam penggunaan. Pastikan tahap kepanasan sentiasa stabil.
3- Jangan meletakkan laptop anda di tempat yang boleh menutup laluan / hembusan udara seperti di atas tilam, sofa, bantal atau sebagainya.
4- Gunakan Cooling Fan sebagai sokongan dan secara automatiknya laptop anda akan berada dalam jarak yang yang tidak terlalu dekat dengat meja.
5- Setelah waranti dari kilang tamat, hantar laptop anda untuk di servis secara berkala ( setahun sekali )
6- Jangan cuba untuk meng'upgrade'kan laptop anda kerana laptop anda mungkin tidak sesuai dan ini juga antara punca kerosakkan.


Dalam banyak jenis dan bentuk komputer pula, netbook adalah antara penyumbang kerosakkan kerana netbook mempunyai CPU Fan yang terlalu kecil saiz nya yang menyebabkan mobonya overheat. Bagi yang bakal membeli laptop pula, rujuklah carta-carta di atas dan buatlah pilihan yang sesuai. Bagi pemilik laptop yang sudah pun mempinyai masalah motherboard atau sebagainya, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

BUNYI BEEP KETIKA START UP / BOOT

Semalam ada pemilik V3000 Compaq datang ke kedai saya kerana notebooknya berbunyi "beep" berulang kali ketika boot ( Sebelum masuk OS ) dan touch padnya tidak aktif. Sebelum hadir ke kedai saya, pemilik itu sudah pun pergi ke kedai komputer lain di seluruh tempat di Johor termasuklah Kulai dan Kota Tinggi dan rata-rata technician kedai komputer mengesorkan pemilik V3000 itu untuk menukarkan Mobo ( Motherboard ) dengan kos lebih kurang RM500 ~ 600.



Setelah saya periksa, bunyi beep itu berpunca dari kerosakkan keyboard dan perlu di servis atau di tukar. Pemilik setuju untuk menukarkannya dengan keyboard terpakai dengan Harga RM80 dan masalah "beep" selesai. Setelah memeriksa dengan lebih lanjut, saya dapati hampir 10 driver tidak di download dan di installkan dengan betul. Saya installkan kesemua driver yang perlu dan touchpad masih tidak berfungsi dengan betul.



Saya periksa pula ribbon touch pad dan dapati ribbon touch pad sudah pun mengalami sedikit keretakkan. Saya tukarkan ribbon touch pad dan touch pad nya kembali berfungsi seperti biasa.


Dari kes ini, saya dapati sesetengah kedai komputer mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan permasalahan notebook tanpa mengira kos yang bakal di keluarkan oleh pemilik notebbok itu sendiri sedangkan mssih ada cara lain utnuk menyelesaikan permasalahan tanpa perlu mengeluarkan belanja lebih. Saya cadangkan kepada pemilik pemilik notebook untuk mencari kedai komputer yang betul sebelum menghantarkan notebook anda untuk di baiki dan pastikan kedai komputer itu sendiri mempunyai technician yang mahir untuk mengendalikan atau membaiki notebook anda.

Terima Kasih
Hafiez 017-9911659

Thursday, February 24, 2011

NOTEBOOK COMPAQ CQ40 BLINKING CODE

Minggu lepas banyak notebook model CQ40 masuk wad dan rata-rata terdiri dari kumpulan AMD dan ATI chipset. Masalah no display dan blinking pada "caps lock" dan "num lock". Sila lihat gambar di bawah.




Blinking ni sebenarnya mempunyai kod kod tertentu. Sila rujuk pada carta di bawah.

Meaning of Sample Blink Codes for some EFI Notebooks
Number of Blinks or BeepsLocation of Blinking LEDsComponent Being CheckedError Condition
Continuous glowBattery power LEDBatteryThe AC adapter is attached and the battery is charging, but does not yet have sufficient charge to power the notebook.
1Caps Lock/Num LockCPUCPU not functional
2Caps Lock/Num LockBIOSBIOS corruption failure
3Caps Lock/Num LockMemoryModule error not functional
4Caps Lock/Num LockGraphicsGraphics controller not functional
5Caps Lock/Num LockSystem boardGeneral system board failure
6Caps Lock/Num LockBIOSBIOS authentication failure
Continuous blinkAC power adapter LEDPower adapterInsufficient power

Saya harap dengan carta yang saya lampirkan di atas, pengguna notebook model ni dapatlah mengesahkan masalah yang di hadapi tanpa perlu membayar kepada kedai untuk troubleshoot charges yang sekitar RM 30 ~ 100.

Jika anda berhadapan dengan masalah Graphics controller not functional ( 4 Blinking ), saya syorkan menukarkan motherboard yang baru dengan harga RM650 atau menukarkan Chipset dengan harga RM350. Jangan sesekali hantar notebook model ni untuk di repair kerana masalah sama akan berulang sebulan akemudian. Tak percaya...?? Boleh cuba tetapi saya jamin semua CQ40 yang di repair akan mengalami semula kerosakkan yang sama selagi anda tidak menukarkan chipset atau motherboard.

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut di :


017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )



Friday, February 18, 2011

KEPENTINGAN FLASH BIOS BAGI NOTEBOOK

Pada awal tahun 2007, ramai penduduk di Malaysia memilih notebook untuk melayari internet berbanding desktop computer kerana notebook lebih senang dan mudah di bawa ke mana mana lebih lebih lagi notebook yang mempunyai "Wireless 802.11a/b/g/n receiver". Rata rata pengguna notebook di Malaysia malah di negara negara lain sekali pun tahu bagaimana cara untuk melayari internet tetapi saya yakin tidak ramai pengguna notebook tahu tentang BIOS.




BIOS adalah paparan yang pertama di paparkan oleh notebook setelah butang ON di tekan. BIOS juga bertindak sebagai pergerakkan pertama setiap notebook atau komputer. Tanpa BIOS, notebook atau komputer tidak akan mempunyai sumber untuk masuk ke OS ( Operating System ) atau Windows. BIOS juga bertugas untuk mengawal hardware hardware dalam sesebuah komputer termasuklah CPU FAN.



Untuk pengetahuan pengguna notebook yang membaca blog saya ini, saya nasihatkan agar mengemaskinikan BIOS notebook anda sebelum notebook anda mengalami kerosakkan motherboard kerana setiap kemaskini BIOS mempunyai tujuan tertentu seperti melancarkan lagi pusingan CPU FAN atau sebagainya. BIOS Software boleh di download di laman web jenama notebook anda seperti www.acer.com / www.compaq.com atau sebagainya. Haruslah di ingat, pastikan anda benar benar memahami segala langkah langkah untuk men"FLASH"kan BIOS kerana kesilapan satu langkah boleh membuatkan notebook anda terus mati.

Friday, February 11, 2011

ALAMAT DAN PETA KE TEMPAT KAMI

Hari ni hari yang agak sibuk buat staff saya dan juga isteri saya... Bukan sibuk dengan hal hal kedai sahaja tetapi sibuk dengan hal mengambil pelanggan pelanggan yang tidak mahir dan tidak tahu di mana lokasi kedai kami. Bagi pelanggan yang tinggal dan yang sudah biasa dengan kawasan Taman Molek, sudah pasti tidak menjadi masalah untuk mencari lokasi kedai kami tetapi yang tidak pernah ke Taman Molek sudah pasti menjadi masalah untuk ke lokasi kedai kami kerana lokasinya agak terpencil bagi mengelakkan masalah jam. Sebelum ini, sudah menjadi sebahagian dari tugas staff dan isteri saya untuk mengambil pelanggan yang sesat ke kedai kami. Di sini saya postkan peta ke lokasi kedai kami dan di harap dengan peta ini, dapat membantu pelanggan pelanggan yang belum pernah datang ke kedai kami tanpa mengalami kesesatan. Kapada para pelanggan yang masih mengalami kesesatan, sila hubungi kami di 017-9911659 untuk mendapatkan bantuan atau untuk keterangan lanjut.


ALAMAT KAMI :

G-03 Blok E, Flat Laman Tasek Pandan,
Jalan Harmoni Utama, Taman Desa Harmoni,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
017-9911659

PERKHIDMATAN KAMI :

Menservis & Membaiki Komputer
Membaiki Motherboard Notebook Netbook
LCD / LED Screen For Notebook Netbook
Upgrade Hardware & Software
Aksesories Komputer & Notebook
Dan Lain - lain

NOTEBOOK V3000 OVERHEAT / PANAS

Ini lagi satu punca yang menjadi masalah kepada laptop model V3000. Kepanasan yang melampau membawa kepada lebih banyak masalah termasuk kerosakkan pada motherboard. Kepada pengguna laptop model V3000 ni, masalah kepanasan akan timbul setelah 2 - 3 tahun dan ada sesetengahnya sudah pun mengalami kerosakkan motherboard sebelum 2 tahun tempoh penggunaan.


Masalah kepanasan bagi V3000 ini boleh di kenal pasti dengan merasa menggunakan jari di papan suis ON / OFF. Jika kepanasan di papan itu dapat di rasa sebelum 1 jam laptop di hidupkan, maknanya anda harus menservis laptop anda supaya kembali kepada suhu asal seperti sebelumnya. Biasanya simptom2 kepanasan ini akan menunjukkan tanda2 permulaan melibatkan kerosakkan motherboard setelah laptop tiba2 padam / mati dengan sendirinya ketika anda menggunakan laptop. Biasanya, laptop akan megalami AUTO OFF setelah mencapai suhu lebih kurang 110 celcius. Pada suhu ini, berkemungkinan boleh menyebabkan crack pada timah solder pada komponen komponen elektronik pada motherboard yang akan menyumbang kepada masalah board dan ic yang penting.




Saya nasihatkan, kepada pengguna V3000 yang mengalami masalah overheat / kepanasan seperti ini supaya menservis cpu fan ( Lihat gambar di sebelah ) atau hantar laptop anda untuk di servis dengan kos hanya sekitar RM 30 ~ 50 sebelum mengalami kerosakkan motherboard. Sekiranya laptop anda sudah pun mengalami kerosakkan pada motherboard seperti, susah ON, tiada paparan, tiada power atau sebagainya, anda bolehlah menghantar motherboard anda untuk di baiki dengan kos RM150 ~ 200 atau menukarkan motherboard dengan kos RM 550 ~ 650.


017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Sunday, February 6, 2011

Punca LCD Bergoyang Dan Berkelip Kelip

PERMASALAHAN & KEROSAKAN LCD




Dalam pemerhatian & pengalaman selama saya menservis dan membaiki komputer, saya amati ada satu masalah yang saya rasa agak besar juga iaitu permasalan LCD. Kerosakkan LCD bukan hanya di sebabkan keretakan dan pecah pada papan paparan LCD tetapi sekarang kerosakan LCD di sebabkan paparan berkelip dan bergoyang semakin meningkat hari demi hari. Permasalahan LCD ini saya golongkan dalam permasalahan yang agak berat kerana KOS penukaran LCD sekarang sudah meningkat sehingga RM350 ~ 450 untuk sekeping LCD.



Permasalahan                Kos Servis / Baiki
Biasa                               RM 50 ~ 100
Sederhana                       RM 101 ~ 300
Berat                               RM 301 ~ 600

Di sini bukannya saya nak terangkan sebarang statistik tetapi punca - punca kenapa sesetengah LCD notebook mengalami masalah bergoyang dan berkelip.





Sudah menjadi trend zaman sekarang manusia tidak mahu ketinggalan dalam apa jua pembaharuan termasuklah dalam bidang IT ni. Dari Windows ME, 2000, XP, Vista dan yang terbaru ialah Windows 7 yang baru di lancarkan beberapa tahun yang lalu. Pada 2010, saya rasakan sudah ramai pengguna notebook bertukar dari Windows XP & Vista ke Windows 7 kerana merasakan Windows 7 ini adalah antara yang terbaik pernah terbit di dunia tetapi tahukah anda, bukan semua notebbok sesuai untuk menggunakan OS ini. Kesilapan pengguna notebook ialah tidak sedar keupayaan notebook yang sesetengahnya tidak mampu untuk menampung penggunaan OS Windows 7 dan membawa kerosakkan pada notebook itu sendiri.

Kerosakkan yang biasa di alami oleh notebook setelah pertukaran OS ke Windows 7 adalah seperti di bawah.

1- LCD Bergoyang / Berkelip
2- Kerosakkan Motherboard
3- Power Problem

Dalam pemerhatian saya, ada sesetengah notebook tidak mampu menampung beban OS Windows 7 ini adalah seperti Compaq CQ40 AMD, DV2000, V3000 AMD, Acer 4520, HP TX1000, TX2000 dan banyak lagi. Notebook jenis ini jelas sama sekali tidak mampu menampung OS Windows 7 kerana notebook jenis ini menggunakan GPU Nvidia / ATI yang sememangnya mudah panas dan blow apabila mencapai satu suhu maksima.


Saya ingin menasihatkan kepada pengguna yang menggunakan notebook yang mempunyai GPU ATI atau Nvidia supaya tidak menggunakan OS Windows 7 ini sehinggan OS ini benar benar stabil satu hari nanti.



Bagi pengguna pengguna laptop yang sudah mengalami kerosakkan LCD atau Motherboard di sebabkan OS ini, anda bolehlah menghantar set notebook anda untuk di baiki dengan kos RM 150 ~ 200 untuk motherboard atau RM350 untuk LCD. Bagi pengguna sekitar JB, boleh hubungi saya di 017-9911659 jika ingin mengunakan khidmat saya untuk membaiki set notebook anda. Hanya 1 jam di perlukan untuk membaiki dengan kos RM 150 sahaja.

Tuesday, February 1, 2011

COMPAQ PRESARIO V3000 POWER & BOOT PROBLEM


Masalah Compaq V3000 AMD/Intel lebih kurang sama. Tengok list di bawah untuk senarai kerosakkan yang biasa di alami oleh pemilik-pemilik keluarga Compaq Presario V3000.

1- Tak boleh ON
2- Tak boleh charge
3- Tiada paparan ( No Display )
4- Tak Boleh BOOT
5- Screen Problem ( Tompok hitam / putih ) dll

Dalam sejarah kerosakkan keluarga V3000 ni, golongan AMD seperti biasa penyumbang kerosakkan yang paling banyak dengan nisbah 1:3 jika di bandingan dengan Intel. Di sini saya akan tunjukkan cara - cara menghidupkan kembali V3000 yang mengalami masalah NO POWER / CAN'T BOOT.

Kebiasaannya, V3000 yang mengalami masalah NO POWER / CAN'T BOOT masih boleh meneruskan kerja mengecas bateri tetapi gagal untuk menghidupkan set seperti biasa. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, buka bateri dan adapter dari set laptop anda. Buka soket bateri CMOS yang terletak sebelah HDD Hard disk. Setelah semua sumber tenaga sudah di buka, tekan butang ON selama 30 saat atau 1 minit. pasangkan kembali adapter ke soket set laptop anda. Bateri dan bateri CMOS jangan di sambungkan dahulu...! Tekan suis ON dan set anda akan berfungsi seperti biasa. Setelah set anda hidup, pasangkan bateri dan bateri CMOS kembali dalam keadaan ON.
Bateri CMOS Presario V3000


Langkah2 di atas biasanya berhasil tetapi seandainya set anda masih gagal untuk berfungsi setelah mengikut langkah langkah seperti di atas, berkemungkinan motherboard anda memerlukan pemeriksaan oleh DR.Notebook kerana berkemungkiana besar motherboard anda mengalami MAJOR DEFECT dan perlu di baiki oleh pakar dengan peralatan khas. Kerja membaiki motherboard oleh individu yang kurang arif dan peralatan yang kurang sesuai akan mengundang lebih banyak kerosakkan.

Motherboard Compaq Presario V3000