Sunday, December 18, 2011

Compaq CQ20 Hang Freeze & C700 No Display

Salam 1 Malaysia buat semua... Agak lama saya tidak update blog saya ni kerana masalah kesihatan yang saya alami sebulan dua ni tetapi saya masih lagi aktif dalam kerja kerja membaiki laptop kerana inilah saja punca rezeki saya bagi menyara keluarga saya....

Baru enam hari lepas saya terima 2 model Compaq CQ30 Hang & No Display dan 1 model Compaq C700 No Display. Ketiga tiga laptop ini hampir membuat saya buntu untuk menyelesaikan masalah kerana laptop model ini dan kerosakkan jenis ini tidak pernah saya temui sebelum ini tetapi nasib saya baik... Berkat usaha saya dengan izin yang Maha Esa saya dapat menyelesaikan masalah ini walaupun masa yang saya ambil boleh di kira terlalu lama jika di bandingkan dengan masalah laptop lain sebelum ini.

Semalam, ketiga tiga laptop ini telah pun selamat di baiki dan lulus dalam ujian kami sebelum di ambil kembali oleh pemilik laptop tersebut...

Bagi laptop CQ30 No Display dan Freeze, kerosakkan berpunca dari kegagalan Memori RAM berfungsi secara normal kerana IC controller yang bertindak mengawal RAM tidak dapat bertindak secara normal. Setelah IC itu di tukar, laptop kembali berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah lagi...

Bagi Compaq C700 pula, kerosakkan model ini hanya berpunca dari LCD cable yang mengalami kerosakkan. Setelah di periksa, laptop C700 ini hanya tidak mengeluarkan paparan pada LCD laptop tetapi mempunyai paparan pada external LCD. Setelah LCD cable di tukarkan kepada yang baru dengan kos RM 90.00, laptop berfungsi secara normal kembali.

Bagi pemilik laptop yang mempunyai sebarang pertanyaan dan berharap di jawab dengan segera, sila hubungi saya di :

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Terima Kasih