Tuesday, February 14, 2012

ACER AS 4551 NO DISPLAY - JALAN PENYELESAIAN

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi 1 cara iaitu cara untuk menyelesaikan permasalahan yang kini sedang berlaku pada sesetengah laptop Acer model 4551.


Bagi pengguna laptop model ini yang belum menghadapi masalah 'No Display' ini saya suka untuk ingatkan supaya meng'update' BIOS laptop model ini ke versi 1.11 dari versi asal iaitu versi 1.03. Kebanyakan laptop model ini yang masih menggunakan BIOS versi 1.03 besar kemungkinan akan mengalami masalah NO DISPLAY di masa akan datang dan bagi pengguna laptop model ini yang telah pun atau sedang mengalami masalah ini sila rujuk beberapa langkah di bawah :



1- buka link ini dan download : http://hotfile.com/dl/123908425/90fb20b/CRISDISK.zip.html
2- Unzip file dan save ke Flash Drive ( Pen Drive)
3- Cabut bateri laptop & adapter
4- Masukkan Flash Drive
5- Tekan Butang 'FN' & 'ESC' serentak dan masukkan adapter
6- Tekan butang 'ON' dan lepaskan butang 'FN' & 'ESC'
7- Tunggu hingga laptop restart dengan sendirinya

Bagi anda yang menghadapi masalah seperti ini, sila cuba langkah di atas dan saya harapkan langkah yang saya sediakan di atas dapat membantu dan menjimatkan kos TETAPI sekiranya setelah di ikuti semua langkah di atas tetapi masih juga tidak dapat menghidupkan paparan, sila buat pemeriksaan pada motherboard kerana kerosakkan yang anda alami mungkin juga berpunca dari kerosakkan motherboard

Terima Kasih
017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing / KL / Selangor )

Wednesday, February 8, 2012

KURSUS MEMBAIKI MOTHERBOARD NOTEBOOK LAPTOP

Pada penghujung Disember 2011, saya telah ke Kota Bahru, Kelantan bagi tujuan mengajar seorang individu yang bekerja di sebuah syarikat komputer antara yang terkenal di bandar Kota Bahru dan pada pertengahan Januari 2012 saya ke Negeri Indra Kayangan iaitu perlis pula bagi tujuan yang sama. Buat setakat ini, saya mempunyai 4 orang individu yang pernah menimba ilmu dari saya iaitu 2 orang dari Selangor, seorang dari Kelantan, seorang dari Kedah dan seorang lagi dari Terengganu.



Kursus yang saya tawarkan sepertimana yang tertera di atas hanyalah bagi wakil wakil yang di hantar oleh syarikat masing masing bagi mempelajari teknik, rahsia dan cara cara membaiki motherboard notebook bagi seluruh semenanjung Malaysia dan Insyaallah akan ke Sabah dan Sarawak suatu hari nanti jika ada permintaan dari orang sana....



Kursus membaiki laptop yang di tawarkan oleh pihak kami mempunyai 2 Tahap. Sila rujuk maklumat di bawah.

Tahap 1
Kos : RM 3500.00 - 4000.00
Kursus : Pengenalan, penghuraian dan pemasangan laptop, teknik membaik pulih motherboard tahap1.
Lain Lain : Kos di atas termasuk peralatan, chemical dan mesin membaiki motherboard tahap 1.


Tahap2
Kos : RM 8000.00
Kursus : Teknik membaik pulih motherboard tahap 2 menggunakan mesin Infrared ( IR ) ( Reballing )
Lain Lain : Kos di atas termasuk peralatan reball, chemical dan mesin membaiki motherboard Infrared ( IR Station )

Bagi syarikat atau individu yang berkerja di bawah sesebuah syarikat yang berminat bagi menjalani / memgambil kursus yang di tawarkan ini bolehlah menghubungi terus kepada syarikat kami di :

Telefon : 012-7976378 ( 10:00 Pagi - 8:00 Malam )
Email : snsent@ymail.com


Terima Kasih

ACER ASPIRE NO POWER & NO DISPLAY PROBLEM

Baru baru ini saya banyak terima laptop dari jenama Acer Aspire yang mempunyai cap bentuk bulat pada kiri dan kanan berdekatan dengan hinge laptop sepertimana model yang tersenarai di bawah :

Intel Series - Aspire 4736 4736Z 4736G 4935 4935G
AMD Series - Aspire 4535 4540



Kesemua model yang tertera di atas mempunyai reka bentuk luaran yang hampir sama tetapi berbeza pada system motherboard. Model model tersebut adalah antara keluaran Acer bagi tahun sekitar 2008 - 2011. Bagi bulan Januari 2012 sahaja saya telah terima hampir 20 unit termasuklah yang di hantar melalui pos dari Kelantan ( 2 Unit ), Melaka ( 1 Unit ), Selangor ( 4 Unit ) dan Sabah ( 1 Unit ).

Walaupun dari segi rekaan luaran model model yang tertera di atas hampir sama tetapi, kerosakkan part yang di alami oleh laptop series ini tidak sama walaupun mengalami simptom kerosakkan yang sama seperti contoh yang saya huraikan di bawah :

Contoh #1
Model : Aspire 4535
Jenis Kerosakkan : Tiada Paparan ( No Display )
**  Kerosakkan pada GPU ( Graphic Chip ) di sebabkan kepanasan melampau.

Contoh #2
Model : Aspire 4736Z
Jenis Kerosakkan : Tiada Paparan ( No Display )
** Voltage yang di bekalkan untuk Processor tidak mencukupi di sebabkan kegagalan 1 IC dan 1 Transistor

Contoh #3
Model : Aspire 4736G
Jenis Kerosakkan : Tiada Paparan ( No Display )
** Voltage yang di bekalkan untuk Processor tidak mencukupi di sebabkan kegagalan 1 IC dan 1 Transistor
                            *** ATAU ***

**  Kerosakkan pada GPU ( Graphic Chip ) di sebabkan kepanasan melampau.




Dari contoh contoh di atas, kita dapat lihat, walaupun laptop series ini hampir sama simptom kerosakkannya tetapi cara membaiki laptop ini sama sekali tidak kerana sistem motherboard yang berlainan jadi bagi pembaca blogl ini, saya harap maklumat yang saya tulis ini dapat sedikit sebanya menambah pengetahuan pembaca semua kerana saya sendiri pernah berhadapan dengan satu sutuasi yang mana sekeping motherboard telah pun rosak dengan teruk setelah cuba di baiki GPUnya sedangkan kerosakkan sebenar adalah IC dan transistor dan bukannya GPU tersebut.

Oleh kerana ini saya ingatkan para pembaca blog ini agar memastikan kerja mengenalpasti kerosakkan & membaiki di lakukan oleh orang yang benar benar berpengalaman dalam bidang ini bagi menggelakkan motherboard laptop anda mengalami lebih banyak kerosakkan.

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan, sila email pada saya di dr.notebookpc@gmail.com atau hubungi saya terus di :

017-9911659 - Hafiez ( Johor Bahru )
010-7070997 - Man ( Selangor / Kuala Lumpur )

Terima Kasih