Monday, October 3, 2011

PROGRAM NETBOOK 1 MALAYSIA OLEH SKMM


Salam 1 Malaysia dari saya untuk semua rakyat Malaysia. Saya amat tertarik dan berasa bangga dengan wujudnya program Inisiatif Jalur Lebar Negara yang membekalkan komputer / netbook secara percuma kepada pelajar pelajar sekolah terpilih oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia sejak dari tahun 2010 lagi. Ini juga menandakan pelajar pelajar zaman sekarang telah pun di berikan lebih perhatian oleh kerajaan Malaysia berbanding pelajar pelajar yang berada di bangku sekolah pada zaman 90 an dulu. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang semakin prihatin terhadap pelajar pelajar sekarang.

Sungguh pun komputer mahupun netbook yang di bekalkan oleh kerajaan terdiri dari pelbagai jenama & model, saya percaya setiap komputer itu haruslah di jaga sebaik baiknya oleh pelajar yang menerima dan yang paling penting, kemudahan yang di berikan oleh kerajaan janganlah di salahgunakan.



Setakat ini, hampir setiap minggu saya terima laptop sumbangan kerajaan kepada pelajar pelajar masuk ke bengkel saya. Tak salah jika saya katakan secara puratanya 1 unit untuk 2 hari dan 35% daripadanya berpunca dari kesilapan pekilang dan selebihnya berpunca dari kesilapan penggunaan oleh pengguna itu sendiri. Antara kesilapan pengguna adalah seperti yang tertera di bawah :

1- Screen Retak / Pecah
2- HDD gagal berfungsi akibat jatuh
3- Motherboard rosak ( Overheat / Terkena Air & sbgnya )

Kebiasaanya pihak SKMM membekalkan komputer jenis netbook yang bersaiz 10.1 inci yang lebih kompak dan ringan untuk memudahkan pelajar membawa komputer ini kemana sahaja untuk tujuan pembelajaran dan saya rasakan saiz ini juga salah satu punca yang membuatkan komputer ini mudah jatuh atau terlepas dari pegangan pelajar yang boleh mengakibatkan skrin netbook itu pecah ataupun kegagalan HDD berfungsi secara normal. Satu lagi sikap yang sudah menjadi trend masa kini iaitu meletakkan laptop / netbook di permukaan tidak rata seperti di atas tilam atau bantal yang boleh mengakibatkan motherboard mengalami masalah kepanasan melampau ( Overheat ). Masalah ini memeng kerap sangat saya jumpa. Saya syorkan laptop atau netbook di letakkan atas permukaan yang rata seperti di atas meja bagi melancarkan laluan / aliran udara panas yang sepatutnya di keluarkan dari komputer bagi menyejukkan CPU dan GPU chip.

Suka saya ingatkan para pelajar yang bertuah menerima netbook dari pihak kerajaan untuk menjaga aset yang telah di berikan secara percuma oleh SKMM.

ANTARA JENAMA YANG DI BEKALKAN OLEK SKMM
- Asus EEE PC
- Acer Aspire One
- HP Mini
- Lenovo S10
- DELL Inspiron Mini
- BenQ Joybook
- Gigabyte
- CSL

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )