Tuesday, November 20, 2018

MEMBAIKI NJOI ASTRO BEYOND PVR DECODER REPAIR




Membaiki decoder Njoi / Astro - Harga berpatutan
Express Service + Warranty di sediakan
Pos PERCUMA bagi pelanggan di semenanjung Malaysia
www.wasap.my/601120728797
Phone : 01120728797 @ 0179911659
www.facebook.com/MyRepairTeam

* Kami juga membeli decoder Njoi / Astro rosak @ yang tidak lagi aktif dengan harga yang tinggi

Thursday, August 24, 2017

KELAS MEMBAIKI & BAIK PULIH MOTHERBOARD

Salam...
Sejak dari 2015 hingga sekarang saya masih sibuk mengadakan kelas dan menghadiri undangan dari beberapa pihak bagi menjadi tegaga pelajar bagi kelas asas dan kelas "advance" membaiki dan baik pulih motherboard laptop komputer hingga banyak kerja2 tertangguh dan hampir 2 tahun saya tidak menulis apa2 di blog ni... Maaf atas segala kesulitan...



Buat masa sekarang, SNS PC Station telah bekerjasama dengan pihak RA Setia Maju Johor Bahru dalam menjalankan beberapa siri kelas asas dan advance dan SNS PC Station juga telah mewujudkan 1 team teknikal iaitu MOBOTECH MALAYSIA dan MOBOTECH JOHOR di mana semua pelajar-pelajar dari kelas saya akan berkumpul dalam 1 group bagi membincangkan setiap permasalahan teknikal. Sebenarnya team ini sudah di wujudkan sejak 2012 lagi cuma peserta ketika itu tidaklah ramai seperti sekarang... Ahli-ahli MOBOTECH MALAYSIA berada hampir di seluruh semenanjung Malaysia seperti di Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Kedah dan Melaka manakala di Johor pula, ahli MOBOTECH JOHOR berada di 8 dari 10 daerah di negeri Johor.



 Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau menyertai kelas atau program dari kami, sila lawati link di bawah :
SNS PC STATION
RA SETIA MAJU

atau hubungi kami di :
RA Setia Maju : +601120728797


Terima Kasih
Hafiez
SNS PC Station
MOBOTECH Group

Monday, June 8, 2015

ACER ASPIRE 4736 4935 4937 AUTO OFF / SHUTDOWN / NO DISPLAY





Assalamualaikum...

   Dalam 2 tahun kebelakangan ini, saya terima cukup banyak Acer Aspire model 4736 , 4736Z , 4736G , 4935 , 4935G , 4937 dan 4937G yang bermasalah Auto Shutdown & No Display. Pada mulanya ketika saya menerima laptop model ini, hampir buntu untuk saya menyelesaikan masalah laptop model ini kerana laptop model ini. Berkat usaha saya dengan izin yang Maha Esa saya dapat menyelesaikan masalah ini walaupun masa yang saya ambil boleh di kira agak lama jika di bandingkan dengan masalah laptop lain sebelum ini.



   Bagi laptop model ini, kerosakkan kebiasaannya berpunca dari  kegagalan 1 atau 2 IC berfungsi secara normal kerana voltan yang sepatutnya di bekal keluar oleh IC ini adalah tidak lebih dan tidak kurang dari 1V tetapi apabila IC tersebut rosak, voltan keluar mungkin akan lebih atau kurang dari 1Volt dan menyebabkan laptop gagal boot windows secara normal. Ada kalanya akan mati tiba tiba ketika paparan logo windows dan ada ketikanya tiada paparan langsung. Ada juga kes auto off 3 hingga 5 saat setelah butang ON di tekan.Setelah IC itu di tukar, laptop kembali berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah lagi...

   Kebiasaanya, membaiki laptop model ini jika dibaiki, kos yang di kenakan hanya sekitar RM150 sahaja.

   Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/


ASUS NOTEBOOK NO POWER NO DISPLAY



Assalamualaikum,

   Dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini, saya perasan laptop Asus semakin kerap masuk ke bengkel saya untuk di perbaiki. Rata rata masalah laptop jenama ASUS ini kebanyakkannya hampir serupa. Masalah yang saya maksudkan adalah :
1- No Display / Tiada Paparan
2- No Power / Tiada Voltan Masuk

Kebanyak model ASUS yang terlibat adalah seperti :
A42 , A43 , A53 , K43 , K52 , K53 , K54 , K72 , U47 , U53 , U56 , X44 , X50 , X52 , X53 , X54 , X72 dan beberapa series model lagi.



NO DISPLAY / TIADA PAPARAN
   Kebanyakkan laptop Asus ini di gunakan untuk games dan tak kurang juga untuk kegunaan harian atau untuk kegunaan pejabat tetapi kebanyakkan laptop Asus yang mengalami kerosakkan no display ini berpunca dari tahap penggunaan grafik / Graphic Card / GPU ( Graphic Chipset ) yang cukup tinggi sehinggakan mengakibatan kerosakkan pada GPU tersebut. Bukan hanya penggunaan yang melebihi had, tahap suhu yang melampau juga boleh mengakibatan kerosakkan sebegini. Bagi mengelakkan kerosakkan sebegini, ada dua cara sahaja iaitu, pengguna hendaklah sentiasa memastikan aliran udara keluar masuk adalah baik dan sentiasa memastikan laptop sentiasa bebas dari habuk. Bukan habuk di luar tetapi habuk di kipas yang berada di dalam laptop.

NO POWER / TIADA VOLTAN MASUK
   Kes ini pula berbeza dengan kes di atas. Kes ini biasanya bukan di sebabkan kesalahan pengguna tetapi biasanya kegagalan komponen elektronik pada motherboard atau pada Power Adapter.



   Kebiasaan laptop jenama Asus yang mengalami masalah No Power ini di sebabkan beberapa IC komponen yang telah rosak dan gagal berfungsi secara normal dan juga kegagalan Adapter membekalkan kuasa / voltage ke laptop. Jika kerosakkan berpunca dari Adapter, pengguna boleh membeli adapter gantian dari mana mana kedai berhampiran dengan kos RM 65 - RM 125 tetapi sekiranya kerosakkan berpunca dari kegagalan IC atau sebarang komponen pada motherboard, saya cadangkan laptop di hantar ke kedai membaiki motherboard.

   Kos bagi membaiki kedua dua jenis kerosakkan di atas, jika di baiki di kedai saya hanyalah sekitar RM 100 - 150 sahaja. Kos harga membaiki di kedai kedai lain mungkin berbeza tapi saya syorkan pengguna memastikan kos membaiki terlebih dahulu bagi mengelakkan di kenakan kos yang tinggi.

Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/

Thursday, March 12, 2015

ACER ASPIRE V5 SERIES NO DISPLAY


Assalamualaikum,
  Dari dua minggu lalu, saya terima hampir 8 unit laptop Acer model Aspire V5-431 V5-531 V5-471 dan rata rata kerosakkan yang di alami adalah masalah sama iaitu masalah tiada paparan ( No Display )


Setelah di periksa dengan teliti, masalah ini cuma berpunca dari satu IC yang mana menyimpan data memory mengalami shortage dan untuk menyelesaikan masalah ini, IC tersebut haruslah di tukar. Suka saya ingatkan bagi juruteknik yang baru dalam bidang ini supaya tidak mengusik komponen komponen lain kerana di khuatiri akan merosakkan bahagian bahagian motherboard yang lain.


Kebiasaannya, kos IC tersebut hanya sekitar RM 80-100 jika tanpa pemasangan dan RM150 untuk IC termasuk pemasangan.

Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/

Thursday, September 18, 2014

ACER ASPIRE 4743 4750 4752 4755 NO POWER / AUTO OFF / NO DISPLAY / NO CHARGING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sepanjang tahun 2014, saya jarang update blog saya dengan info-info terkini tentang tips tips mengenal pasti kerosakkan motherboard laptop kerana sibuk dengan urusan membaiki motherboard di kedai saya yang semakin hari semakin banyak yang perlu di perbaiki dan terbaru ini banyak laptop2 model terbaru dari Asus , Lenovo , Fujitsu dan banyak lagi yang mula membanjiri meja bengkel saya...


 Tapi hari ni saya tolak tepi dulu brand2 tersebut kerana saya suka untuk memberi laluan kepada brand yang banyak di guna pakai di Malaysia ni iaitu ACER... InsyaAllah post akan datang saya akan post permasalahan laptop bagi jenama ASUS  LENOVO dan FUJITSU...

Buat masa terdekat ini, banyak saya terima laptop ACER ASPIRE bermasalah dari model seperti yang tertera di bawah :

4743 / 4743Z / 4743G / 4743ZG
4750 / 4750Z / 4750G / 4750ZG
4752 / 4752Z / 4752G / 4752ZG
4755 / 4755Z / 4755G / 4755ZG

 Masalah yang biasanya saya jumpa untuk model ni seperti tiada paparan, tidak masuk cas, off secara tiba tiba, tiada power masuk dan pelbagai lagi... Model-model seperti di atas sebenarnya menggunakan motherboard yang sama tetapi berbeza casing luarannya dan secara automatiknya, jenis kerosakkan juga adalah hampir sama...

Suka saya ingatkan bagi pengguna laptop model ini untuk menggunakan adapter yang ASLI yang di keluarkan oleh LITEON atau DELTA sahaja yang di bekalkan oleh ACER ketika anda membeli laptop ini kerana banyak saya jumpa masalah laptop model ini berpunca dari adapter yang tidak asli atau power voltagenya kurang stabil bila di gunakan dalam masa yang lama..

Apabila adapter menyalurkan bekalan kuasa yang tidak stabil ke laptop anda, biasanya Power IC juga akan menjadi tidak stabil untuk menyalurkan kuasa ke bahagian bahagian ( IC ) lain di blok motherboard dan apabila ini kerap berlaku, Power IC akan mengalami kerosakkan yang serius dan menyebabkan kerosakkan pada bahagian Power Supply IC / Display Blok / Charging IC / Power IC itu sendiri...

Jadi, bagi pengguna model ini, saya cadangkan terus menggunakan adapter original dan sekiranya adapter original telah rosak, cuba dapatkan / beli adapter yang baharu dan original dari kedai berhampiran atau, jika tiada bekalan adapter original di tempat anda, cubalah membeli adapter yang agak bagus seperti brand MARTECH... Jangan sesekali membeli adapter yang terlalu murah kerana biasa adapter sebeginilah yang kestabilan bekalan kuasanya di ragui...

Bagi pengguna laptop model ini yang telah pun mengalami masalah sebegini, bolehlah menghubungi saya untuk membaik pulih motherboard laptop anda hanya dengan kos RM100-150 sahaja...

Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/

Saturday, August 30, 2014

KUNJUNGAN PELANGGAN DARI HOLLYWOOD

Salam 1 Malaysia....

Tak di sangka oleh saya sendiri, semalam 30 Ogos 2014 saya terima panggilan dari seorang pelanggan yang mencari kedai saya di Jalan Harmoni Utama tetapi tidak di jumpai oleh beliau jadi saya seperti biasa akan menjemput pelanggan dari satu tempat yang telah di tetapkan oleh beliau sendiri... Sesudah sampai di tempat tersebut, beliau mengikuti kereta saya dari belakang hingga ke kedai saya yang terletak hanya 500 meter dari tempat perjumpaan kami tadi...

Sejak saya terima panggilan telefon dari beliau. saya dapat tahu loghat percakapan beliau seperti orang yang berasal dari United States ( US ) tapi jangkaan saya silap... Selepas memperkenalkan diri beliau, beliau bernama Jaya R. Ramalingham berasal dari Ipoh, Perak tetapi yang agak menarik perhatian saya ialah, beliau adalah salah seorang kru terpenting dalam pembikinan sesebuah filem. Mr. Jaya adalah seorang Jurutera Audio untuk filem dan telemovie Hollywood dan yang paling penting adalah beliau Anak Kelahiran Malaysia yang telah berjaya hidup di tempat yang tidak asing lagi di mata dunia iaitu, HOLLYWOOD....

Hasil temubual saya dengan beliau sementara menunggu laptop beliau siap, beliau telah berhijrah ke Hollywood US selepas SPM ( 17 Tahun ) dan telah bekerja sebagai Sound Krew dan sekarang telah memiliki seksyen audio tersendiri dengan kru krunya sendiri... Sekarang beliau sudah pun berumur 53 tahun dan saya berpeluang bertemu beliau di kedai saya kerana beliau terlibat dengan pembikinan satu filem Hollywood yang membuat pengambaran di Pinewood Iskandar, Nusajaya...

Terus terang saya katakan yang saya cukup kagum dengan anak kelahiran Malaysia yang berpeluang merantau ke US dan telah membuka seksyen audio sendiri di Hollywood dan mempunyai staff dan kru rakyat US. Saya bangga kerana beliau adalah ANAK MALAYSIA...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57



LINK IMDB BELIAU :
http://www.imdb.com/name/nm0707974/?ref_=fn_al_nm_1


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57