Saturday, September 10, 2011

MASALAH MOTHERBOARD LAPTOP ( DISPLAY & POWER PROBLEM )

Assalamualaikum kepada semua pengikut blog saya. Di kesempatan ini saya juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang telah kita sambut baru baru ini. Saya juga memohon maaf atas kelewatan saya untuk menokok tambah apa2 di ruang blog saya kerana banyak kerja kerja membaik pulih yang perlu saya sempurnakan.



Dalam sebulan kebelakangan ini, saya terima banyak laptop dan notebook yang rosak untuk di baiki dan rata rata laptop yang saya terima bulan ini terdiri dari laptop yang di hasilkan dari tahun 2006 - 2010. Sila rujuk senarai di bawah.

Toshiba L200 L300 M200
- No Display , No Power , Freeze / Hang , Auto Shut Down

Acer Aspire 3680 5050 5580 6920G 6920 4520 4715Z 4736Z 4736G 4720 Aspire One D110 D150
- No Display , No Power , Cannot Charging

HP DV2000 DV2 DV4 TX1000 TX2000
- No Display , No Power

Compaq V2000 V3000 V35000 C700 F500 F700
- No Display , No Power , Auto Shut Down

DELL Studio 1464 Inspiron 1420 D600
- No Display

ASUS Eee PC 1001P
- No Power

IBM T22 T23 T43 T40
- No Display , BIOS Locked

dan banyak lagi model dari tahun 2006 - 2010. Saya juga begitu pasti kerosakkan yang terjadi 30% berpunca dari masalah manufacturing dan yang selebihnya berpunca dari kesilapan pengguna sendiri. Bagi pemilik laptop yang tergolong dalam senarai di atas, saya syorkan cara penggunaan di jaga dengan rapi. Bukan penjagaan luaran sahaja yang perlu di titik beratkan malahan bahagian dalaman 10 kali lebih perlu di jaga bagi mengelakkan laptop mengalami kerosakkan. Suka saya ingatkan, laptop yang berusia 1 tahun ke atas perlulah di servis secara berkala seperti setahun atau setahun setengah sekali mengikut model laptop anda. Harus di ingat, kegagalan menservis laptop secara berkala akan mengakibatan kerosakkan laptop yang berpanjangan dan berulang.

Harga menservis laptop hanya RM30 - 50 sahaja tetapi harga membaiki laptop boleh menjangkau lebih dari 10 kali ganda harga servis. Anda tentukan sendiri yang mana anda perlu pilih tetapi saya memang sangat mengalakkan pemilik laptop menservis laptop secara berkala bukan kerana keuntungan bagi pihak pemilik kedai komputer tetapi bagi pihak pemilik laptop itu juga.

Terima Kasih

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )Talian Khidmat Nasihat SNS PC Station : 013-7146378 ( 24 JAM )