Sunday, July 6, 2014

HP COMPAQ CQ42 G42 CQ4 NO POWER NO DISPLAY

Salam 1 Malaysia....

Dalam minggu ni saja saya agak terkejut kerana menerima hampir 10 unit laptop HP Compaq seperti model yang tertera di atas dan rata rata masalahnya tiada paparan dan tiada power masuk. Setelah saya perhatikan schematic diagram motherboard tersebut, saya dapati masalah untuk laptop model ini tidak lain tidak bukan masalah overheating dan masalah IC power sepertimana yang berlaku pada model model sebelumnya seperti CQ40 CQ41 CQ45 DV4...



Sepertimana biasa, masalah overheating boleh di elakkan dengan menservis motherboard / laptop di kedai kedai komputer yang berhampiran dengan tempat tinggal anda tetapi bagi laptop yang telah pun mengalami kerosakkan di sebabkan overheating ini, masalah ini bolehlah di selesaikan dengan cara membaiki motherboard tersebut dan kebiasaannya kos membaiki laptop yang mengalami masalah sebegini cuma sekitar RM100 - 150.

Bagi laptop yang mengalami masalah tiada power masuk, masalah ini adalah bukanlah 100% berpunca dari pengguna laptop tapi berkemungkinan ketahanan IC power yang berada pada motherboard agak kurang. Bagi membaik pulih kerosakkan sebegini pula, IC yang rosak itu haruslah di tukar kepada yang baru... Kos servis dan kos menukarkan IC ini biasanya tidak melebihi RM 150.

Bagi mereka yang mempunyai laptop model seperti di atas dan mempunyai masalah sepertimana di atas bolehlah menghantar laptop anda ke pusat servis komputer berhampiran dengan kedai anda atau ke rangkaian rangkaian pusat servis kami yang mungkin berhampiran dengan tempat anda...

SNS PC STATION - Johor Bahru
SS IT Solution - Kuala Lumpur / Selangor

Terima Kasih
Hafiez - 0179911659