Petang tadi sekitar jam 4:30, ada seorang lelaki berbangsa cina datang ke kedai kami... Dengan badan sasa bersinglet & wajah yang cukup serius mencari saya. "Mana satu Hafiez??!" Kebetulan pembantu saya ( wanita ) berada di meja khidmat pelanggan terus tergamam..! Kaku... hanya setelah 15 saat, barulah dia bersuara. "Kenapa encik?" soal pembantu saya... "Ni... saya punya notbok ada losak... gambar gegar-gegar ooo...." kata lelaki tadi...
Selepas itu, barulah saya bangun dari kerusi saya... "Ada bawak you punya laptop tak boss?" tanya saya... Selepas 3 minit lelaki tadi membawa sebuah beg hitam. Beg di buka dan laptop di tarik dari beg... Oooo... Compaq Presario CQ40 rupanya... Masalah display bergoyang... Biasanya kes macam ni tidak dapat di baiki lagi. Notebook model ini mengunakan LCD LG model LP141WXGA saiz 14.1 inch.
Saya menukarkan LCD lelaki tadi dengan yang baru. Model dan saiz yang sama.
Masa pemasangan hanya 30 minit dengan kos RM350 termasuk pemasangan.
Setelah siap pemasangan, barulah saya nampak senyuman dari lelaki berbangsa cina ni. "haiya... Cepat lo lu bikin... Harga 350 saja.. itu hali wa punya kawan tukar ini macam jugak maa... 500 woo..."
"Takpe boss... harga ini macam biasa la boss... sama macam lain orang... Ini saya kasi Warranty 3 Bulan. Kalau jatuh, masuk air, anak duduk, kawan duduk, warranty takde tanggung..."
Saya menyediakan perkhidmatan penukaran LCD bersaiz 10.1 / 12.0 / 13.1 / 14.1 & 15.3 dan LED bersaiz 14.0 dengan harga RM320 ~ RM450 sahaja
Untuk pertanyaan atau apa2 dari Saya, hubungi :
Hafiez 017-9911659
Friday, January 21, 2011
Permasalahan Notebook Acer Aspire 4520
Sepanjang bulan November hingga ke hari ini, saya banyak terima laptop untuk di baiki. Yang saya syaki, laptop Acer Aspire 4520 adalah antara model yang menjadi RAJA dalam carta kerosakkan yang telah saya perbaiki. Acer Aspire 4520 adalah notebook ber'proccessor' AMD dan GPUnya pulak, Nvidia. Model 4520 ni selalunya akan mengalami kerosakkan motherboard selepas 2 ~ 3 tahun. Masalah yang biasanya menjadi punca, tak lain dan tak bukan.... PANAS.
Setelah sekian lama mengalami kepanasan, motherboard model ni akan mengalami kerosakkan yg serius seperti :
- Tak Boleh ON
- Tiada Paparan ( NO Display )
- ON dan OFF semula
- Auto Shut Down
Kebanyakkan kedai komputer lain akan mencadangkan pemilik notebook model ini untuk menukarkan motherboard dengan harga sekitar RM500 ~ RM 700. Untuk pengetahuan semua, model 4520 ini, anda boleh beli 1 set ( terpakai ) dengan harga RM800 sahaja jadi, saya tidak fikir pemilik - pemilik Acer model ni setuju dengan pilihan menukarkan motherboard yang beharga agak tinggi.
Di sini saya cadangkan pemilik Acer model 4520 membaiki dahulu motherboard anda. TAPI...!!! hantar motherboard anda pada pembaiki yang bertauliah sahaja. Kos untuk membaiki notebook model ini hanyalah sekitar RM150 ~ 250 sahaja dan hanya memakan masa 1 ~ 2 JAM sahaja.
Kepada pemilik-pemilik Acer 4520 yang mengalami kerosakkan, bolehlah cuba hantar kepada saya untuk di baiki dengan kos yang agak rendah dan berpatutan.
017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Subscribe to:
Posts (Atom)