Petang tadi sekitar jam 4:30, ada seorang lelaki berbangsa cina datang ke kedai kami... Dengan badan sasa bersinglet & wajah yang cukup serius mencari saya. "Mana satu Hafiez??!" Kebetulan pembantu saya ( wanita ) berada di meja khidmat pelanggan terus tergamam..! Kaku... hanya setelah 15 saat, barulah dia bersuara. "Kenapa encik?" soal pembantu saya... "Ni... saya punya notbok ada losak... gambar gegar-gegar ooo...." kata lelaki tadi...
Selepas itu, barulah saya bangun dari kerusi saya... "Ada bawak you punya laptop tak boss?" tanya saya... Selepas 3 minit lelaki tadi membawa sebuah beg hitam. Beg di buka dan laptop di tarik dari beg... Oooo... Compaq Presario CQ40 rupanya... Masalah display bergoyang... Biasanya kes macam ni tidak dapat di baiki lagi. Notebook model ini mengunakan LCD LG model LP141WXGA saiz 14.1 inch.
Saya menukarkan LCD lelaki tadi dengan yang baru. Model dan saiz yang sama.
Masa pemasangan hanya 30 minit dengan kos RM350 termasuk pemasangan.
Setelah siap pemasangan, barulah saya nampak senyuman dari lelaki berbangsa cina ni. "haiya... Cepat lo lu bikin... Harga 350 saja.. itu hali wa punya kawan tukar ini macam jugak maa... 500 woo..."
"Takpe boss... harga ini macam biasa la boss... sama macam lain orang... Ini saya kasi Warranty 3 Bulan. Kalau jatuh, masuk air, anak duduk, kawan duduk, warranty takde tanggung..."
Saya menyediakan perkhidmatan penukaran LCD bersaiz 10.1 / 12.0 / 13.1 / 14.1 & 15.3 dan LED bersaiz 14.0 dengan harga RM320 ~ RM450 sahaja
Untuk pertanyaan atau apa2 dari Saya, hubungi :
Hafiez 017-9911659
Boleh la saya hantar notebook 1Malaysia anak sedara saya kat hafiz nnati. Dia punya LCD kat penjuru kiri atas sudah pecah la. Lepas tu ada garis kat sebelah kiri. Kena tukar berapa tu? RM350 ke?
ReplyDeleteHarga LCD bagi saiz 10.1 inch hanya sekitar RM250 - 300 termasuk pemasangan..
ReplyDeletekdai kt ane?
ReplyDeleteSila ke www.snspc.blogspot.com untuk alamat dan peta untuk ke kedai kami.
ReplyDeleteTerima Kasih
klu lcd compaq presario v3000 berapa harga? mmg kena pg kedai ke untuk urusan tu?
ReplyDelete