MASALAH ACER ASPIRE SERIES TERBARU
Minggu ni saya banyak terima notebook Acer Aspire 6920G 4935 4935G untuk di baiki. Rata rata jenis kerosakkannya terdiri dari kerosakkan yang sama. Sila rujuk permasalahan di bawah :1- Notebook auto restart apabila adapter di sambungkan pada notebook
2- Notebook tak boleh di format
3- Notebook tak boleh di shutdown secara normal
4- Selalu Hang / Freeze
5- Power OFF selepas 1 - 2 saat apabila butang ON/Start di tekan
Masalah seperti di atas berpunca dari kegagalan IC tertentu berfungsi secara normal kerana IC tertentu mungkin mengalami kerosakkan. IC yang menyebabkan mesalah di atas biasanya membekalkan voltan tertentu kepada Processor dan GPU dan sekiranya voltan yang di bekalkan kepada Processor atau GPU terlebih atau terkurang, ini akan menyebabkan masalah2 seperti di atas. IC yang terlibat dalam permasalahan ini biasanya hanya 1 atau 2 sahaja tetapi IC ini adalah antara yang termahal di dalam sekeping motherboard. Harga IC ini boleh mengjangkau ke RM 45 sekeping tidak termasuk kos pemasangan kerana pemasangan untuk IC ini cukup sensitif.
Model laptop Acer yang selalu mengalami masalah sebegini adalah seperti di bawah :
Aspire 4736 4736Z 4736G 4935 4935Z 4935G 6920 6920G dan beberapa lagi model Aspire yang terbaru.
Kepada sesiapa yang mengalami masalah seperti di atas, boleh dapatkan IC ini daripada saya dengan harga RM 45 sahaja untuk 1 unit atau bolehlah manghantar laptop anda kepada saya untuk di baiki. Saya hanya memerlukan masa 1 hingga 2 jam untuk membaiki kerosakkan seperti yang tertera di atas. Kos pembaiki kerosakkan seperti ini pula sekitar RM 120 - 150 mengikut model.
017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )