Tuesday, April 19, 2011

NO POWER NO CHARGING & LED ADAPTER BLINKING




Semalam sehari suntuk saya megerjakan 2 unit Acer Aspire 3680 dan 2 unit Acer Aspire 5050. Masalah kedua dua model ni sama je. Tak boleh ON, tak boleh charge dan LED Adapter Blinking setelah di plug in ke laptop. Masalah ni di sebabkan kegagalan komponen IC di bahagian Trans Power AC/DC.

Ketika mula mula mencari punca, saya dapati bacaan voltage pada meter saya hanya sekitar 3V sedangkan voltage yang sepatutnya adalah sekitar 19.5V. Setelah di periksa dengan lebih teliti, saya dapati MOSFET IC pada motherboard mengalami kegagalan untuk berfungsi. Setelah MOSFET IC di buka, LED pada adapter menyala seperti biasa tanpa berkelip seperti sebelumnya. Saya gantikan 2 unit MOSFET IC dengan yang baru dan 1 capasitor yang juga mengalami kerosakkan dan setelah selesai kerja mengganti komponen yang rosak kepada yang baru, laptop kembali berfunsi seperti biasa.


Kepada pengikut blog saya, pastinya ingin tahu rupa bentuk MOSFET IC yang saya maksudkan. Sila rujuk gambar di sebelah. MOSFET IC mempunyai 2 jenis iaitu N & P dan ada pelbagai siri yang di gunakan pada motherboard laptop. Hampir setiap jenis model dan jenis laptop mempunyai MOSFET IC yang berlainan siri ( Nombor ). Kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan sama seperti di atas, bolehlah cuba menukarkan MOSFET IC sendiri tetapi pastikan anda mempunyai peralatan yang lengan dan kemahiran dalam bidang elektronik dan jangan sesekali cuba untuk DIY ( Do It Yourself ) sekiranya anda kurang arif kerana sedikit kesilapan yang di lakukan boleh mendatangkan lebih banyak masalah pada motherboard anda.



Sekian....

017-9911659 - Hafiez

22 comments:

  1. salam.. kawan saya ada nk jual laptop dia.. dlm RM700. tp ada kerosakkan.. dia bgtau kerosakkan dia:
    All parts working, except mainboard faulty,
    Can ON but no display, Lamp at keyboard Blinking
    All parts in laptop without hard disk,
    AMD Turion X2 64 Processor,
    1GB RAM PC5300 DDR2,
    14 Inch Screen,
    Keyboard and Touchpad,
    CD/DVDRW,
    Wireless Card, Modem & LAN port,
    3x USB Port, 1x HDMI Port, Audio Port,
    Battery HP, Laptop Charger

    soalan saya... adakah ini kerosakkan yang sama.??
    berbaloikah kalo saya beli?
    kalo betulkan brp kos tak termasuk HDD?
    sila email pada saya di jgs3100@gmail.com atau jawab di blog tuan.. terima kasih

    p/s sy duduk tmn molek je.. jadi senang nk hantar..

    ReplyDelete
  2. Klu ikutkan pengalaman saya, laptop yang encik maksudkan tu semestinya Compaq Model Presario CQ40 atau CQ42. Klu ikutkan harga semasa CQ40 rosak hanya sekitar RM 400-500 sahaja kerana harga 2hand tanpa rosak hanya sekitar RM900 - 1000. Kerosakkan laptop yang encik maksudkan boleh di baiki jika di hantar pada saya untuk di baiki.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. Hi,

    Berapa kos tukar IC ni?

    Ramzan

    ReplyDelete
  4. Kos membaiki dan menukarkan IC ini sekitar RM 100 - 150 bergantung kepada model dan jenis IC.

    ReplyDelete
  5. Hi, saya punya Acer Aspire 3684N.

    Ramzan

    ReplyDelete
  6. RM 150 untuk Model Acer Aspire 3684N.

    ReplyDelete
  7. salam,saya tanya sikit,

    Berapa anggaran kos yew kalau IC sony vaio nak tukar?

    ReplyDelete
  8. Salam, Kos membaik pulih untuk Sony Vaio yg mengalami kerosakkan sebegini hanya sekitar RM 100-120

    ReplyDelete
  9. untuk tukar IC acer 4720 brapa kos dia?

    ReplyDelete
  10. Salam, RM 100 untuk Acer 4720 dan siap dlm masa 1 jam sahaja.

    ReplyDelete
  11. salam..kat mane boleh dapat ic tu?tolong info sikit

    ReplyDelete
  12. Harga IC ini sekitar RM 25 setiap satu dan boleh di dapati di mana mana kedai menjual komponen elektronik. Jika encik musykil IC mana yang perlu di tukar, sila hantarkan laptop / motherboard anda kepada kami untuk di baiki dengan kos sekitar RM 100 ~ 120 sahaja.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  13. saya nak tanya latop acer aspire 5050 bila on cuma dengar bunyi processor pastu senyap tapi latop on...skrin x hidup langsung...1 lagi adapter saya taxthu ape masaalah kalau nak hidupkan adapter latop kena panaskan kat api baru adapter led hidup(hijau)..adakah sebab adapter x cukup power or something i don't know...ni email saya explopedia@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. saya punya laptop cq40 screen baru je rosak..
    survey kedai dalam rm580 jugak yang baru...

    saya menimbangkan untuk membeli laptop baru tapi ingat nak amik acer sbb mungkin kurang bermasalah sikit..

    adakah betul acer lagi ok dari compaq??

    tq:)

    ReplyDelete
  15. Salam, harga LCD bagi laptop CQ40 hanya sekitar RM 350 bagi yang BARU dan RM 250 bagi yang terpakai. Jika Encik bercadang untuk membeli laptop yang baru, saya cadagkan Encik memilih laptop dari jenama Asus atau Toshiba yang berprocessor INTEL. Sekali lagi saya ingatkan, cuba elakkan dari membeli laptop yang menggunakan Nvidia atau ATI graphic sekiranya anda tidak memerlukan penggunaan 3d yang terlalu kerap kerana hampir 50% laptop yang menggalami kerosakkan berpunca dari kegagalan Graphic card berfungsi dengan baik selepas 2 tahun penggunaan. Jika Encik ingin memilih laptop selain dari Toshiba atau Asus, pastikan Encik memilih laptop menggunakan processor Intel dangan Graphic HD Intel. Itu yang terbaik bagi saya.

    Terima Kasih
    017-9911659

    ReplyDelete
  16. salam, sy ada lpop compaq v3000 no power n dc jack blinking, apa pnca dia ek, mohon replay kt email sy: insan_ox@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. saya ada laptop compaq f700. tp touchpad cam ade prob...berapa kos utk repair? mohon info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos repair atau tukar touchpad bagi model F700 sekitar RM100-120.

      Delete
  18. hii, saya ada laptop benq r43,masalahnya bila tekan on led menyala tapi lepas tu dia padam.kenapa ye?

    ReplyDelete
  19. Salam.. sy nk tnye...bp anggaran kos kl ic dgn motherboard rosak?
    Acer notebook..

    ReplyDelete
  20. Salam.. sy nk tnye...bp anggaran kos kl ic dgn motherboard rosak?
    Acer notebook..

    ReplyDelete