Monday, October 3, 2011

PROGRAM NETBOOK 1 MALAYSIA OLEH SKMM


Salam 1 Malaysia dari saya untuk semua rakyat Malaysia. Saya amat tertarik dan berasa bangga dengan wujudnya program Inisiatif Jalur Lebar Negara yang membekalkan komputer / netbook secara percuma kepada pelajar pelajar sekolah terpilih oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia sejak dari tahun 2010 lagi. Ini juga menandakan pelajar pelajar zaman sekarang telah pun di berikan lebih perhatian oleh kerajaan Malaysia berbanding pelajar pelajar yang berada di bangku sekolah pada zaman 90 an dulu. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang semakin prihatin terhadap pelajar pelajar sekarang.

Sungguh pun komputer mahupun netbook yang di bekalkan oleh kerajaan terdiri dari pelbagai jenama & model, saya percaya setiap komputer itu haruslah di jaga sebaik baiknya oleh pelajar yang menerima dan yang paling penting, kemudahan yang di berikan oleh kerajaan janganlah di salahgunakan.



Setakat ini, hampir setiap minggu saya terima laptop sumbangan kerajaan kepada pelajar pelajar masuk ke bengkel saya. Tak salah jika saya katakan secara puratanya 1 unit untuk 2 hari dan 35% daripadanya berpunca dari kesilapan pekilang dan selebihnya berpunca dari kesilapan penggunaan oleh pengguna itu sendiri. Antara kesilapan pengguna adalah seperti yang tertera di bawah :

1- Screen Retak / Pecah
2- HDD gagal berfungsi akibat jatuh
3- Motherboard rosak ( Overheat / Terkena Air & sbgnya )

Kebiasaanya pihak SKMM membekalkan komputer jenis netbook yang bersaiz 10.1 inci yang lebih kompak dan ringan untuk memudahkan pelajar membawa komputer ini kemana sahaja untuk tujuan pembelajaran dan saya rasakan saiz ini juga salah satu punca yang membuatkan komputer ini mudah jatuh atau terlepas dari pegangan pelajar yang boleh mengakibatkan skrin netbook itu pecah ataupun kegagalan HDD berfungsi secara normal. Satu lagi sikap yang sudah menjadi trend masa kini iaitu meletakkan laptop / netbook di permukaan tidak rata seperti di atas tilam atau bantal yang boleh mengakibatkan motherboard mengalami masalah kepanasan melampau ( Overheat ). Masalah ini memeng kerap sangat saya jumpa. Saya syorkan laptop atau netbook di letakkan atas permukaan yang rata seperti di atas meja bagi melancarkan laluan / aliran udara panas yang sepatutnya di keluarkan dari komputer bagi menyejukkan CPU dan GPU chip.

Suka saya ingatkan para pelajar yang bertuah menerima netbook dari pihak kerajaan untuk menjaga aset yang telah di berikan secara percuma oleh SKMM.

ANTARA JENAMA YANG DI BEKALKAN OLEK SKMM
- Asus EEE PC
- Acer Aspire One
- HP Mini
- Lenovo S10
- DELL Inspiron Mini
- BenQ Joybook
- Gigabyte
- CSL

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

66 comments:

  1. salam bro..
    mintak sedikit bantuan dan tunjuk ajar.

    saya mempunyai notebook model presario B1200.

    Masalah utama yg dihadapi ialah kegagalan BIOS update.
    simpton kegagalan berlaku apabila saya ON laptop ia akan memaparkan masej "162-System Options Not Set".

    Bagaimana untuk setelkan masalah ini.. dah pelbagai cara saya ikuti..ON then press n hold f10.. tetapi tiada berlaku apa2. mintak sedikit penjelasan dan tunjuk ajar..TQ.

    ReplyDelete
  2. ohho~cane nak jugak laptop kecik tu..hehe

    ReplyDelete
  3. boleh tak tolong terang kan masalah pada laptop model acer aspire 4551...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk link di bawah :

      http://dr-notebook.blogspot.com/2012/02/acer-as-4551-no-display-jalan.html

      Delete
  4. Laptop 1 malaysia Lenovo Ideapad bila on tiba tiba shutdown. Dah check tukar Hdd tapi masih sama. Apakah masalahnya> anda ada pengalaman?

    ReplyDelete
  5. Hi Castro,

    Cuba updatekan BIOS terlebih dahulu.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. salam saudara hafiez,

    saya ingin bertanya,mengenai netbook 1malaysia lenovo S10 .. masalahnya bila plugin power, led bernyala tapi bila tekan button power netbook tak boleh on. bila pakai direct power tanpa bateri pun tetap tak boleh on ... pada pandangan saudara apa masalahnya .. harap dapat membantu tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kdg2 sedang budak2 guna..laptop tersebut mati secara tiba2.. mengapa ye?..

      Delete
  7. salam...netbook lenovo saya bila on,,,kipas hnya berpusing slma 5-6 saat,led numlock n capslock dan power button y menyala manakala semua system tidak berfungsi.....screen juga tidak menunjukkan apa apa...

    ReplyDelete
  8. Lenovo S10-3 series selalu mengalami masalah BIOS. Sila update bios terlebih dahulu...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Screen retak tidak boleh di perbaiki lagi tetapi masih boleh di ganti dengan yang baru.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  10. laptop amz 1 malaysia saya tiba2 bergelap sahaja selepas saya on laptop tersebut ..apa penyelesaian yang bleh dikongsikan?

    ReplyDelete
  11. calsend,awak punya netbook ada masalah macam netbook kau on tapi tiba tiba shut down??aku pun ada masalah sama dgn awak

    ReplyDelete
  12. gelap cek memori atau grafik

    ReplyDelete
  13. salam....kt mne sy bleh download driver tuk acer aspire one yg skmm bekalkn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.acer.co.uk/ac/en/GB/content/drivers

      Delete
    2. xde driver tuk acer aspire one la dlm tu bro...bleh advise page lain x? actually, gua cari ethernet and video controller tuk netbook skmm tu...

      Delete
    3. http://www.acer.co.uk/ac/en/GB/content/drivers
      Click * Netbook > Aspire One > Model Laptop Encik

      Model Laptop Acer Aspire One ada tertulis pada bahagian atas bar code pada sticker putih

      Contoh :
      1- AOA150-BK ( Model A150 )
      2- AOD255-WH ( Model D255 )

      Harap membantu...

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. salam, adapter untuk lenovo s-10 ada jual tak? kalau ada pm harga skali dgn pos kat email ni.. squallcute83@yahoo.com
    tq

    ReplyDelete
  16. sy dapat netbook 1m'sia jenama AMZ... ape tu?

    ReplyDelete
  17. nak tanya skit ni.. AMZ netbook saya ada masalah ni.. screen takde display tapi connect dengan VGA cable ade display.. dah test lcd yg lain tapi putih je.. apa masalah tu bro?? boleh tolong jelas kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkemungkinan LCD cable mengalami kerosakkan...

      Delete
  18. bro....netbook pemberian kersjaan ni ade warranty ke?? i think skrin die rosak.....bile on sometimes skrin jd pecah/kabur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Netbook 1 Malaysia yang di bekalkan oleh kerajaan mempunyai sekurang kurangnya ! tahun jaminan oleh pengilang dan jika berlaku kerosakkan, saya syorkan Cik menhantarkan ke pusat servis pengilang berkenaan...

      Delete
  19. macammana pulak kalau board power button yang rosak ? dan bukan button yang rosak..answer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika board power button yg mengalami kerosakkan, encik blh dapatkan di mana2 kedai spare part komputer berdekatan atau mana2 kedai/individu yang mempunyai part seperti itu...

      Delete
  20. Salam brooo... Nak tanya klau screen utk komputer 1malaysia keluaran natsys brapa harga? Klau tukar baru?

    ReplyDelete
  21. salam Hafiez,
    ni nk tanya Netbook lenovo 1malaysia bila kita start yg keluar repair sistem, bila kita tunggu loading dh habis still tidak boleh masuk windows, tp kalau guna Qs (quickstart) dpt masuk plak.apa masalahnya tu ya??

    ReplyDelete
  22. salam..saya nk tnya ..apa maksud notis ni " reboot and select proper boot device or insert boot media in selected boot device and press any key " .....please ...cenna nk settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih Internal Hard Disk Drive...

      Delete
    2. internal hard disk problem tu.. cuba tukar internal harddisk dan installkan software baru...maksud saya install os baru ok ...

      Delete
  23. saya perlu update bios..... masaaalahnya,saya tidak tahu manufacture netbook nie.jadi amat sukar bagi saya mendapatkan update bagi bios saya....bios yg saya gunakan adalah pheonix LTD...

    ReplyDelete
  24. bro nak tanya pa masalahnya color skrin jd mcm negative film.. dah chek grafik semua ok.. mcm mana nak jadikan seperti color asal( standard)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Permulaannya, cuba periksa samada setting dan 'Display Driver' yg di install adalah betul dan pastikan juga VGA Screen Cable tidak mengalami apa2 masalah. Jika berkeadaan yg sama, sila hubungi mana2 technician komputer yg berdekatan dengan tempat tinggal Cik / Encik.
      Terima Kasih.

      Delete
  25. Salam
    Saya nak tahu nape notebook 1 malaysia saya padam bila saya cabut atau off charger walaupun dah full charge battery... tapi kadang-kadang takde masalah ok. minta pendapat.

    ReplyDelete
  26. Salam bro! laptop saya tak boleh nak on ada cara tak nak kongsi?

    ReplyDelete
  27. salam...
    nak tnya... jenama laptop satu malaysia saya nie amz nb 1... mn nak dpt drivernya nie... utk sound grapic dan lain2.. harap boleh tolong...

    ReplyDelete
  28. salam,, nak tanya ni, d mana sy blh membeli bateri lenovo s10... ? berapa agak2nya harga bateri tersebut.... bateri saya punya dah xblh nk pakai... cpt low...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli dari mana2 kedai komputer berdekatan atau blh beli dengan saya dengan harga RM160. Blh hubungi saya di 017-9911659

      Delete
  29. salam ganti screen baru netbok lenovo 1 malaysia tu berapa ye ?

    ReplyDelete
  30. Salam... bagaimana cara nya untuk formatkan netbook tersebut..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum , harga screen lenovo s10 brapa ya ?

    ReplyDelete
  32. Assalam...

    Netbook lenovo s10 saya screen retak. Tak jatuh pun. Macaman saya nak buat ye?

    Tolong share maklumat.

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... LCD / Screen netbook blh di ganti di kedai komputer berhampiran dgn kos sekitar RM 150 - 250. Terima Kasih.

      Delete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. Salam, mcm mna nak baiki notebook yg Paparan skrinnya tulis ''reboot and select proper boot device"?

    ReplyDelete
  36. Salam, mcm mna nak baiki notebook yg Paparan skrinnya tulis ''reboot and select proper boot device"?

    ReplyDelete
  37. Salam , macam mana buka netbook lenovo s100 kalau lupa paswoord ea ? Betul betul lupa . Mohon jasa pihak tuan ..

    ReplyDelete
  38. Salam , macam mana buka netbook lenovo s100 kalau lupa paswoord ea ? Betul betul lupa . Mohon jasa pihak tuan ..

    ReplyDelete
  39. salam nk tnya mcm mne nak format laptop AMZ NB1?

    ReplyDelete
  40. salam nk tnya mcm mne nak format laptop AMZ NB1?

    ReplyDelete
  41. Salam semua..sy dari kota tinggi felda pasak..nk tanya..cam mana nk dpt kan note book free 1 malaysia........

    ReplyDelete
  42. Enter Current password:
    nk wat mcmna tuan?netbook 1malaysia.greatwall.tq

    ReplyDelete
  43. Slam... bleh mntak bantuam laptop notebook lenovo ke nih? untuk anak sye yg plajar d Tawau Sabah... mohon bantuan...

    ReplyDelete
  44. Bateri notebook 1malaysia brand idola x berfungsi sbb bila keluarkan aje charger terus padam walaupun katanya dah 100% charge.nk kena tukar bateri ke dan dimana sy boleh dapatkan bateri?

    ReplyDelete
  45. Brapa harga sebji laptop free yg dr SKMM tu ya yg pemberian sekitar tahun 2011??

    ReplyDelete
  46. salam sy nk tnya,netbook aspire one,knpa explore internet xbole buka,expired apa tah,

    ReplyDelete
  47. Hai, macam mana nak update bios, kalau netbook saya keluaran natsys

    ReplyDelete