Sunday, December 18, 2011

Compaq CQ20 Hang Freeze & C700 No Display

Salam 1 Malaysia buat semua... Agak lama saya tidak update blog saya ni kerana masalah kesihatan yang saya alami sebulan dua ni tetapi saya masih lagi aktif dalam kerja kerja membaiki laptop kerana inilah saja punca rezeki saya bagi menyara keluarga saya....

Baru enam hari lepas saya terima 2 model Compaq CQ30 Hang & No Display dan 1 model Compaq C700 No Display. Ketiga tiga laptop ini hampir membuat saya buntu untuk menyelesaikan masalah kerana laptop model ini dan kerosakkan jenis ini tidak pernah saya temui sebelum ini tetapi nasib saya baik... Berkat usaha saya dengan izin yang Maha Esa saya dapat menyelesaikan masalah ini walaupun masa yang saya ambil boleh di kira terlalu lama jika di bandingkan dengan masalah laptop lain sebelum ini.

Semalam, ketiga tiga laptop ini telah pun selamat di baiki dan lulus dalam ujian kami sebelum di ambil kembali oleh pemilik laptop tersebut...

Bagi laptop CQ30 No Display dan Freeze, kerosakkan berpunca dari kegagalan Memori RAM berfungsi secara normal kerana IC controller yang bertindak mengawal RAM tidak dapat bertindak secara normal. Setelah IC itu di tukar, laptop kembali berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah lagi...

Bagi Compaq C700 pula, kerosakkan model ini hanya berpunca dari LCD cable yang mengalami kerosakkan. Setelah di periksa, laptop C700 ini hanya tidak mengeluarkan paparan pada LCD laptop tetapi mempunyai paparan pada external LCD. Setelah LCD cable di tukarkan kepada yang baru dengan kos RM 90.00, laptop berfungsi secara normal kembali.

Bagi pemilik laptop yang mempunyai sebarang pertanyaan dan berharap di jawab dengan segera, sila hubungi saya di :

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Terima Kasih

13 comments:

  1. salam,

    nak tanya pendapat la ttg notebook lenovo ideapad s100, ok ke mobo & accessories dia? sbb byk plak comment ttg notebook 1 malaysia yg rosak adalah dari model lenovo.

    ingat nk beli notebook ni

    ReplyDelete
  2. Notebook model ini boleh di guna pakai tetapi perlulah cermat dengan penggunaannya kerana model ini juga ada rekod kerosakkan seperti no display di sebabkan pengguna tidak update BIOS kepada BIOS yang terbaru. BIOS untuk model ini perlu di update jika BIOS terbaru sudah di keluarkan oleh LENOVO.

    ReplyDelete
  3. salam..

    desktop sy dr jenama dell menggunakan processor pentium4 & RAM DDR2 mengalami kerosakan mobo. blh kah mobo tu ditukar? rs2 kos keseluruhan dlm brp RM ye? selain tu ada x brg2 lain yg perlu ditukar sm? tqvm...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Motherboard bagi desktop Dell hanya sekitar RM 100 - 150.
    Trima Kasih

    ReplyDelete
  5. hard disk laptop berapa?

    ReplyDelete
  6. Salam,
    BGA reball kit ada jual tak? berapa harga? tq...

    ReplyDelete
  7. salam...laptop freeze..mouse n keyboard,...xle guna..nk wat cane ha,,da dekat setaun la berharap kat safe mode..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Laptop encik mengalami kerosakkan 'kurang aliran voltan dari Graphic Chip ke processor' di sebabkan kegagalan beberapa IC tertentu. Kos membaiki kerosakkan sebegini sekitar RM150.

      Delete
  8. salam en hafiz saya nak tnye COMPAQ CQ20-214TU saya nie ada masalah bila pasang adapter+batery atau tanpa betry= akan shut down sendiri....bila on hanya menggunakan betry sahaja tak akan shout down pula.......adakh sebab windows atau hardware yg rosak....dan betry boleh di cas tapi tanpa on kan laptop

    ReplyDelete
  9. assalam. . saudara saya ada laptop hp compaq 6530b. problem dia bila cucuk power adapter dia akan menyala sendiri tanpa perlu tekan button ON. display pulak ada masa keluar ada masa x keluar. rasa ini masalah apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Encik blh cuba tukarkan CMOS bateri terlebih dahulu. Terima Kasih.

      Delete
  10. Sy nak tanya,macam mana nak hidupkan laptop kalau bila kita tekan pada button hidup,tetiba keluar processing automatic retart kemudian keluar ni "you pc running out...."mcm mne nak baiki?

    ReplyDelete
  11. Acer Aspire 4736z..baru tukar ram dan bateri..bila on Button tidak boleh hidup..blank..agak,apa masalah nya juga berapa kos klu baiki situasi Mcm ne.

    ReplyDelete