Monday, June 27, 2011

LAPTOP HANG & SHUT DOWN SELEPAS 5 MINIT

Baru baru ni saya terima satu unit Toshiba L200 dan HP DV1000 yang mengalami masalah yang hampir sama iaitu hang & auto shut down kira-kira 5-10 minit di ON kan. Kedua dua unit ini berjaya masuk ke windows sehingga ke wallpaper tetapi tiba - tiba hang tak tentu pasal. Puas juga saya mencari apa salah dan silap pada motherboard tetapi reading pada multitester menunjukkan bacaan yang tepat. Setelah di periksa semula, saya dapati HDD ( Hard Disk Drive ) mengalami kerosakkan yang di kenali kelajuan bacaan HDD yang kurang stabil.


Jika HDD yang mengalami kerosakkan seperti ini, biasanya sangat sukar di kesan kerana HDD ini boleh di baca sekiranya di sambung pada external HDD adapter tetapi HDD ini akan mengalami kegagalan untuk berfungsi secara normal untuk menjalankan OS.



Setelah saya menukarkan kepada HDD yang baru, kedua dua laptop tadi berfungsi seperti sediakala tanpa sebarang masalah dan kedua dua HDD yang mengalami kerosakkan tadi di pulangkan kembali kepada pelanggan saya untuk di jadikan external hard disk. Sekiranya laptop anda mengalami masalah yang sama seperti ini, jangan sesekali membuang HDD ini kerana HDD yang mengalami kerosakkan ini masih boleh di jadikan external hard disk dan hanya perlu memodalkan RM 20 untuk membeli external hard disk casing sahaja.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Monday, June 20, 2011

BACKLIGHT OR INVERTER PROBLEM

Salam pada semua pembaca blog saya... Agak lama saya tiada sebarang post terbaru pada blog ni di sebabkan kesibukkan kerja kerja membaik pulih laptop dan LCD monitor dalam sebulan yang lepas. Harap maaf...



Dalam seminggu dua ni, hampir 7 unit laptop yang saya terima untuk di baiki memgalami masalah yang sama iaitu no backlight atau tiada lampu paparan. Jika di lihat dengan teliti, anda dapati paparan yang terdapat pada LCD berfungsi seperti biasa cuma hanya dalam keadaan yang cukup gelap di sebabkan tiada lampu paparan yang menyala di belakang. Biasa kes seperti ini di sebabkan kerana kegagalan 'Inverter' berfungsi secara normal atau kerana kerosakkan Lampu backlight itu sendiri.

Sila ikuti langkah langkah di bawah untuk mengenal pasti kerosakkan laptop anda.

KEROSAKKAN INVERTER

Inverter adalah satu papan PCB kecil dan panjang yang terletak betul betul di bawah LCD anda. Tugas inverter pula ialah menerima kuasa AC dan menukarkan kuasa AC itu kepada voltan tinggi DC yang di perlukan untuk menghidupkan lampu paparan belakang yang terdapat pada papan LCD laptop anda. Anda boleh cuba menukarkan inverter laptop anda dan sekiranya lampu paparan masih tidak menyala, berkemungkinan besar, lampu paparan belakang LCD anda mengalami kerosakkan.

Anda boleh mendapatkan inverter board dari mana mana kedai spare part dengan harga sekitar RM 50 - 100 mengikut model dan kondisi.


KEROSAKKAN BACKLIGHT


Sekiranya inverter sudah pun di tukar kepada yang baru tetapi lampu paparan belakang masih juga tidak berfungsi, itu menandakan laptop anda mengalami kerosakkan lampu backlight. Lampu backlight ini boleh di dapati di mana mana kedai spare part laptop dengan harga sekitar RM 50 sahaja tetapi harga kos penggantian pula sekitar RM 50 - 80. Ini kerana kerja menggantikan lampu backlight lebih susah dan rumit jika di bandingkan dari kerja pemasagan LCD baru atau penukaran Inverter. Ingin saya ingatkan kepada pembaca blog ini. Hanya individu yang mahir sahaja mampu menukarkan lampu backlight ini dan jangan sesekali cuba untuk menukarkan lampu backlight sendiri sekiranya anda kurang mahir, kurang peralatan atau kurang yakin kerana sedikit kesilapan boleh membuatkan LCD anda terus tidak menyala atau mengalami kerosakkan yang lain pula.

Bagi pembaca yang mengalami masalah ini, bolehlah hubungi saya untuk khidmat nasihat atau boleh hantarkan laptop anda untuk di baiki oleh saya sendiri.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )