Monday, June 20, 2011

BACKLIGHT OR INVERTER PROBLEM

Salam pada semua pembaca blog saya... Agak lama saya tiada sebarang post terbaru pada blog ni di sebabkan kesibukkan kerja kerja membaik pulih laptop dan LCD monitor dalam sebulan yang lepas. Harap maaf...



Dalam seminggu dua ni, hampir 7 unit laptop yang saya terima untuk di baiki memgalami masalah yang sama iaitu no backlight atau tiada lampu paparan. Jika di lihat dengan teliti, anda dapati paparan yang terdapat pada LCD berfungsi seperti biasa cuma hanya dalam keadaan yang cukup gelap di sebabkan tiada lampu paparan yang menyala di belakang. Biasa kes seperti ini di sebabkan kerana kegagalan 'Inverter' berfungsi secara normal atau kerana kerosakkan Lampu backlight itu sendiri.

Sila ikuti langkah langkah di bawah untuk mengenal pasti kerosakkan laptop anda.

KEROSAKKAN INVERTER

Inverter adalah satu papan PCB kecil dan panjang yang terletak betul betul di bawah LCD anda. Tugas inverter pula ialah menerima kuasa AC dan menukarkan kuasa AC itu kepada voltan tinggi DC yang di perlukan untuk menghidupkan lampu paparan belakang yang terdapat pada papan LCD laptop anda. Anda boleh cuba menukarkan inverter laptop anda dan sekiranya lampu paparan masih tidak menyala, berkemungkinan besar, lampu paparan belakang LCD anda mengalami kerosakkan.

Anda boleh mendapatkan inverter board dari mana mana kedai spare part dengan harga sekitar RM 50 - 100 mengikut model dan kondisi.


KEROSAKKAN BACKLIGHT


Sekiranya inverter sudah pun di tukar kepada yang baru tetapi lampu paparan belakang masih juga tidak berfungsi, itu menandakan laptop anda mengalami kerosakkan lampu backlight. Lampu backlight ini boleh di dapati di mana mana kedai spare part laptop dengan harga sekitar RM 50 sahaja tetapi harga kos penggantian pula sekitar RM 50 - 80. Ini kerana kerja menggantikan lampu backlight lebih susah dan rumit jika di bandingkan dari kerja pemasagan LCD baru atau penukaran Inverter. Ingin saya ingatkan kepada pembaca blog ini. Hanya individu yang mahir sahaja mampu menukarkan lampu backlight ini dan jangan sesekali cuba untuk menukarkan lampu backlight sendiri sekiranya anda kurang mahir, kurang peralatan atau kurang yakin kerana sedikit kesilapan boleh membuatkan LCD anda terus tidak menyala atau mengalami kerosakkan yang lain pula.

Bagi pembaca yang mengalami masalah ini, bolehlah hubungi saya untuk khidmat nasihat atau boleh hantarkan laptop anda untuk di baiki oleh saya sendiri.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

21 comments:

  1. Salam Bro..info yg amat membantu

    ReplyDelete
  2. salam... kalau repair netbook Lenovo s9 tiada backlight berapa kos tu bro?

    ReplyDelete
  3. Salam,saye ade masalah yg serupa seperti di ats..xtau la pasal inverter ke or backlight, tp skrin mmg gelap/malap..laptop/notebook sy brand compaq CQ40..btol ke kos repair + sparepart = rm250++? Sy takut kena tipu..pls advice..tq

    ReplyDelete
  4. Kos spare part untul Inverter board hanya sekitar RM 60 - 120 bergantung pada model dan kos penukaran & harga spare part utk lampu backlight pula sekitar rm 80 - 150 tapi semua harga bergantung pada kedai juga. Jika Cik Lina perlukan Inverter CQ40, Cik boleh beli daripada kedai berdekatan dgn tempan Cik atau boleh beli daripada saya dengan harga RM 60 sahaja.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. boleh tak tolong terangkan masalah pada model acer aspire 4551

    ReplyDelete
  6. hello bro berapa harga inverter untuk acer 4551?

    ReplyDelete
  7. boleh ka lau hanya inverter ja tukar,coz lau 1 set ngan skrin mahal tul,maklum balas anda amat diharapkan...

    ReplyDelete
  8. Salam, laptop saya Acer Aspire 4720, monitor jd malap..brapa harga inverter acer ye.tq

    ReplyDelete
  9. Inverter 4551 hanya sekitar RM 70.

    ReplyDelete
  10. Screen malap boleh terjadi kerana 3 jenis kerosakkan di bawah seperti :
    1- Kegagalan Inverter berfungsi dengan baik
    2- LCD backlight crack / leaking / pecah
    3- VGA cable bermasalah

    Jadi sila pastikan jenis kerosakkan laptop anda sebelum membeli inverter.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  11. bro kalau lampu display idup..tp xde screen x idup..
    lampu hardisk x idup..
    die punye kipas pusing dalam bebape saat je pastu mati mati balik..
    pakai acer aspire 4551..
    tu ape die punye problem...?

    ReplyDelete
  12. bro kalau lampu display idup..tpi screen x idup..
    lampu hardisk x idup..
    die punye kipas pusing dalam bebape saat je pastu mati mati balik..
    pakai acer aspire 4551..
    tu ape die punye problem...?

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Jika ikutkan pengalaman saya, Acer Aspire 4551 encik mengalami masalah NO DISPLAY yang juga berpunca dari kerosakkan motherboard tetapi kerosakkan ini bukan sesekali berpunca dari Graphic Chipset walaupun simptomnya sebegitu. Kos membaiki kerosakkan ini hanya sekitar RM 100 - 150.

    Terima Kasih
    017-9911659

    ReplyDelete
  14. Salam...
    Saya ingin bertanya berkenaan monitor laptop Compaq Presario CQ40 saya. Baru2 ni laptop saya pada mulanya berkelip2 lpas 2 trus malap. Ada masa kadang2 dia jadi ok balik lpas 2 padam semula. Saya kemudian hantar ke kedai komputer utk check masalah ni dan tauke 2 kata yg chipset/graphic card die rosak. Btulke sbab monitor laptop ni baru lpas tukar dlm 1 blan lbih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 Malaysia, Saya sukar untuk mengatakan kerosakkan laptop sepertimana yang di terangkan oleh encik seperti di atas di sebabkan oleh graphic Chip kerana jarang benar kerosakkan pada graphic chip akan menyebabkan masalah seperti itu. Saya andaikan kerosakkan itu berpunca dari LCD backlight yang mengalami kerosakkan ATAU kegagalan inverter membekalkan voltan yang secukupnya ke LCD backlight.

      Delete
    2. Boleh terjadi juga ke berlaku monitor malap seperti itu jika wire yang terdapat di dalam laptop longgar?

      Delete
  15. salam..bos,nak tanya..saya menggunakan compaq presario CQ40 325-TU dan saya mengalami masalah yang sama iatu screen malap. Masalahnya screen kadang2 ok dan kadang2 malap. bile on icon semua keluar tapi malap sgt. kene suluh pkai lampu baru namapk. kos membaiki pulak bagaimana??..ade kedai mintak sampai rm200. betulke itu harganya??..takut plak kene tipu ngan cine kedai..lagi satu,kalo masalah mcm laptop saya ni,sudah tentu bukan masalah screen,betol x?..xpayah tukar LCD kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Screen malap boleh terjadi kerana 3 jenis kerosakkan di bawah seperti :
      1- Kegagalan Inverter berfungsi dengan baik
      2- LCD backlight crack / leaking / pecah
      3- VGA cable bermasalah

      Jenis kerosakkan perlulah di kenal pasti terlebih dahulu kerana harga membaik pulih kerosakkan berlainan harga. Harga bagi membaik pulih hanya sekitar RM 80 - 150.

      Terima Kasih

      Delete
  16. salam..nak tnye saya punya laptop compaq 510 klau nak baiki sbb masalah backlight or inverter brape agak2 nye ye?

    ReplyDelete
  17. Hi, I nak tanye i punya Asus N46VM, juge ade masalah dengan screen, nak repair berape?

    ReplyDelete