Wednesday, February 8, 2012

ACER ASPIRE NO POWER & NO DISPLAY PROBLEM

Baru baru ini saya banyak terima laptop dari jenama Acer Aspire yang mempunyai cap bentuk bulat pada kiri dan kanan berdekatan dengan hinge laptop sepertimana model yang tersenarai di bawah :

Intel Series - Aspire 4736 4736Z 4736G 4935 4935G
AMD Series - Aspire 4535 4540



Kesemua model yang tertera di atas mempunyai reka bentuk luaran yang hampir sama tetapi berbeza pada system motherboard. Model model tersebut adalah antara keluaran Acer bagi tahun sekitar 2008 - 2011. Bagi bulan Januari 2012 sahaja saya telah terima hampir 20 unit termasuklah yang di hantar melalui pos dari Kelantan ( 2 Unit ), Melaka ( 1 Unit ), Selangor ( 4 Unit ) dan Sabah ( 1 Unit ).

Walaupun dari segi rekaan luaran model model yang tertera di atas hampir sama tetapi, kerosakkan part yang di alami oleh laptop series ini tidak sama walaupun mengalami simptom kerosakkan yang sama seperti contoh yang saya huraikan di bawah :

Contoh #1
Model : Aspire 4535
Jenis Kerosakkan : Tiada Paparan ( No Display )
**  Kerosakkan pada GPU ( Graphic Chip ) di sebabkan kepanasan melampau.

Contoh #2
Model : Aspire 4736Z
Jenis Kerosakkan : Tiada Paparan ( No Display )
** Voltage yang di bekalkan untuk Processor tidak mencukupi di sebabkan kegagalan 1 IC dan 1 Transistor

Contoh #3
Model : Aspire 4736G
Jenis Kerosakkan : Tiada Paparan ( No Display )
** Voltage yang di bekalkan untuk Processor tidak mencukupi di sebabkan kegagalan 1 IC dan 1 Transistor
                            *** ATAU ***

**  Kerosakkan pada GPU ( Graphic Chip ) di sebabkan kepanasan melampau.




Dari contoh contoh di atas, kita dapat lihat, walaupun laptop series ini hampir sama simptom kerosakkannya tetapi cara membaiki laptop ini sama sekali tidak kerana sistem motherboard yang berlainan jadi bagi pembaca blogl ini, saya harap maklumat yang saya tulis ini dapat sedikit sebanya menambah pengetahuan pembaca semua kerana saya sendiri pernah berhadapan dengan satu sutuasi yang mana sekeping motherboard telah pun rosak dengan teruk setelah cuba di baiki GPUnya sedangkan kerosakkan sebenar adalah IC dan transistor dan bukannya GPU tersebut.

Oleh kerana ini saya ingatkan para pembaca blog ini agar memastikan kerja mengenalpasti kerosakkan & membaiki di lakukan oleh orang yang benar benar berpengalaman dalam bidang ini bagi menggelakkan motherboard laptop anda mengalami lebih banyak kerosakkan.

Bagi mereka yang mempunyai pertanyaan, sila email pada saya di dr.notebookpc@gmail.com atau hubungi saya terus di :

017-9911659 - Hafiez ( Johor Bahru )
010-7070997 - Man ( Selangor / Kuala Lumpur )

Terima Kasih

110 comments:

  1. Muga jadi jariah ilmu yang di share... kamaruzaman.long@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya sedang membaiki satu laptop acer aspire 4736z dan terjumpa posting encik di http://dr-notebook.blogspot.com/2012/02/acer-aspire-no-power-no-display-problem.html. Untuk model 4736z, jenis kerosakan adalah tiada display tetapi disebabkan oleh processor. Kenapa bukan disebabkan oleh GPU? Masalah saya sekarang ialah laptop boleh on dan ada display tetapi boleh off sendiri bila-bila sahaja walau ketika baru lepas proses boot sekalipun. Paling lama ia boleh on adalah selama 5 minit setelah masuk ke windows 7. Saya telah buka laptop untuk mengeluarkan segala habuk dan on semula tetapi masalah sama tetap berlaku. Posting di blog encik menyatakan bahawa ** Voltage yang di bekalkan untuk Processor tidak mencukupi di sebabkan kegagalan 1 IC dan 1 Transistor. Bolehkah saya tahu bagaimana untuk membaiki IC dan transistor tersebut kerana bagi saya itu sahaja yang belum saya lakukan. Berikut adalah apa yang telah saya lakukan:

    1.Buka laptop dan buang semua habuk yang terdapat di dalam(kipas, cpu, dan lain-lain)
    2.Tukar RAM dengan RAM yang lain. (RAM bukan masalah. Jika RAM bermasalah memang tidak dapat lepas boot process)
    3.Jika dapat masuk ke dalam windows, saya cepat-cepat pergi ke Device Manager dan 'Disable' kesemua benda dalam 'Display Adapter'. Tetapi masalah tetap sama. (Kerana saya pernah membaiki lapop yang mempunyai faulty GPU. Setelah di'disable' di device manager dan hanya guna CPU untuk display, laptop dapat berfungsi seperti biasa tetapi dengan pengurangan kuasa grafik.)
    4.Harddisk tiada masalah kerana apabila dicabut dan pasang di external enclosure dan guna di komupter lain, tiada masalah.

    Apakah kemungkinan lain untuk masalah ini? Adakah processor? Kerana saya tiada spare processor untuk ditukar. Atau ada hardware lain yang boleh di'disable' di device manager? Lain-lain masalah untuk laptop ini adalah:

    1.Bateri. Tuan punya laptop mengatakan bahawa indicator di windows 7 menunjukkan bateri sudah tidak bagus tetapi dia tetap membiarkannya terpasang dan terus menggunakan laptop. Menurutnya sudah lebih 2 bulan. Adakah ini menyebabkan voltage di dalam laptop kurang stabil seterusnya merosakkan sesetengah komponen/transistor/IC? Ketika membaiki saya telah mencabut bateri.
    2.Keyboard. Banyak key yang sudah tidak boleh digunakan. Adakah ini satu hardware failure yang akan membawa kepada masalah diatas? Ketika membaiki saya gunakan external keyboard.

    Untuk pengetahuan encik, saya berpengalaman 4 tahun dalam servis laptop/pc ketika di universiti tetapi tidaklah ke tahap IC/transistor/reballing/soldering. Hanya sekadar software/warranty/menukar hardware yang dikenalpasti memberi masalah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam 1 Malaysia,
    Maaf kerana lambat menjawab soalan saudara kerana masalah kesihatan org tua saya yg membuatkan saya sibuk sedikit kebelakangan ini. Bagi soalan saudara berkenaan 4736Z yang megalami masalah outo OFF itu saya kira berpunca dari kegagalan IC yang mengalirkan voltan ke CPU. Harap maaf kerana saya tidak boleh nyatakan IC itu secara detail di sini tetapi encik boleh hubungi saya di talian hp saya utk detailnya.
    Bagi soalan berkenaan bateri pula, kerosakkan pada bateri 30% boleh menjejaskan IC tertentu pada motherboard tetapi bukan semua jenis dan model akan terjejas tetapi suka saya ingatkan pada encik utk memisahkan bateri dari laptop sekiranya bateri sudah tidak lagi berfungsi.
    Bagi keyboard yang mengalami kerosakkan beberapa butang pula, ada 2 kemungkinan di sini samada hardware itu yang mengalami masalah atau IC controller yang mengalami kerosakkan. Encik boleh menukarkan dahulu hardwarenya bagi tujuan menguji samada hardware atau IC nya yang mengalami kerosakkan.

    Buat pengetahuan encik, saya baru sahaja 2 tahun berada dlm bidang ini dan agak kekok utk menjawab pertanyaan encik yg lebih lama berada dlm bidang ini di tambah lagi dengan kesibukkan saya buat masa ini.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    saya ada sebuah netbook acer aspire one d260, memiliki masalah no power, no display, no charging& no led on.
    pertama dulu waktu sy buat kerja dg netbook tu, sy terperanjat, tiba2 shj meredup dy punya paparan, lepas tu mati terus(macam kena hibernate-kan, tapi sy takde buat hibernate pun)

    -battery msh dlm keadaan ok,boleh tahan dlm msa 3jam lebih.
    -charger dlm keadaan ok, telahpun sy test kt laptop kwn sy.
    -bila charger dimasukkan, tak ada led tanda charging yg 'on'(battery terpasang)
    -bila butang power ditekan, takde satupun tanda netbook ini nak on. mcm tak ada power.

    sy ada sdikit pengalaman dlm menservis laptop sy yg terdahulu, tetapi hanya berdasar user guide shj, sy telahpun buka netbok tu utk sekedar membersihkan &memeriksa adakah kemungkinan komponen elktronik yang terbakar/overheat, tetapi yg sy nampak mcm ok2 shj.

    Apakah sebenar punca masalah daripda kerosakan netbok sy trsebut?
    Berapa kos yg diperlukan untuk membaik semula netbok sy trsbt?
    Sy terfikir nk jual netbok tu ataupun trade in dg netbok lain(kalau ada yang sama model) agak2 berapa harga untuk faulty netbok sy tu?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. salam bro... sy pki laptop 4736g... ari2 saya ade anta kdi bro u repair motherboard...alhamdulillah.... tens utk krja bro slmatkan laptop sya...sy nk tnya... kipas lptop sya kdg2 behnti...maybe sbb hbuk byk... klu sy biarkan mcm 2..adekah lptop sya akan rsak lgi... sy pki extenal cooler juga.... tens

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Biasanya laptop yang di perbaiki di kedai saya akan di servis secara percuma walaupun tidak di minta oleh pelanggan. Secara amnya, kipas pada laptop berfungsi secara automatik iaitu hanya akan berfungsi setelah suhu CPU & GPU mencapai satu tahap kepanasan yang telah di setkan pada BIOS setting dan oleh kerana itulah juga, kipas laptop hanya akan berfungsi apabila perlu sahaja TETEPI saya syorkan encik membuat pemeriksaan menyeluruh atau servis secara berkala samada 6 bulan atau setahun sekali untuk memastikan laptop encik sentiasa dalam keadaan baik. Kos pemeriksaan menyeluruh beserta servis hanya sekitar RM30 sahaja.

      Terima Kasih
      Hafiez
      0179911659

      Delete
    2. salam...sy ingin membeli laptop tapi sy xthu ap perbezaan dan kelebihan laptop dgn notebook..notebook yang ingin dibeli jenama samsung.yg mana lbih baik notebook samsung dgn laptop jenama compaq.tq. :)

      Delete
  6. lisa.
    notebook dan laptop sama je cuma nama len2, ada yg pgl lappy(cute).
    pastikan ketahanan dlu sblm bli mana2 model, ada yg model senang rosak terutama compaq,

    ReplyDelete
  7. slm..sy ad sebuah laptop acer 4540 yg mengalami masalah off display apabila button on ditekan..kebiasaannya jika sy ingin menggunakan laptop sy akan tekan butang ON/OFF dan biar laptop smpi panas, dan pada suatu tahap kepanasan,pabila button on/off ditekan semula bru lah laptop sy mempunyai display seperti biasa...mohon tuan terangkn mslh laptop ini dan anggaran kos utk membaiki..w'slm,,

    ReplyDelete
  8. Assalam. saya guna laptop acer model aspire 4736G.
    masalah laptop saya adalah komputer tetiba off sendiri sblm smpat loading windows.
    saya cuba format semula OS windows tapi x sempat selesaikan proses format sbb laptop tiba-tiba mati semasa sedang format windows...
    utk pengetahuan tuan sy tlh tukar hardisk yg baru krn hardisk lama dh rosak (saya dh jadikan external HD & memang HD tu ada masalah kadang2 detect, kdang2 x detect. tp masalah sama tetap berulang pd laptop saya.

    mohon tuan bg penjelasan masalah sebenar laptop sy, dan anggaran kos baiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 Malaysia,

      Acer Aspire sepertimana model yg encik gunakan 4736G / 4736Z / 4736 / 4935 / 4935G / 4937 / 4732 / 6920G / 6920 / 6935 / 6935G sememangnya akan menghadapi kerosakkan sebegini setelah masa pemakaian mencecah . Sepertimana keterangan yang saya tulis di atas, masalah itu berlaku kerana masalah bekalan voltage kurang dan seharusnya di perbaiki sebelum timbul permasalahan tambahan lain pula... Biasanya kerosakkan seperti ini tidak membabitkan Hard Disk. Kos untuk membaiki kerosakan sebegini hanya sekitar RM 100 - 150 dan masa untuk membaiki kerosakkan sebegini hanya memakan masa sekitar 30 minit sahaja.

      Terima Kasih

      Delete
  9. bro..saye pakai laptop acer 4540 n laptop x boleh on..dah try flash bios tp the problem is still persist..agak2 berape ye kos repair...?n sekali kos pos..saye duduk area teluk intan,perak..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kedai kami hanya di Taman Molek tetapi kami ada menyediakan service pengambilan & penghantaran . Jika Cik berada di UTM Skudai, kos pengambilan & penghantaran akan di kenakan sebanyak RM 30. Bg kos membaiki pula sekitar RM 100 - 150. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi / SMS kami di 017-9911659. Terima Kasih.

      Delete
  11. sy ada laptop acer aspire 4736z.. masalah yg di hadapi ialah bile soket power di psg indicator power ada tp nak on xbole... tekan byk kali power buton kadang idup.. bile dah idup try shutdown kn nti die jadi restart plak.... try beberape kali bru jd shutdown... nti try lg on xbole plak... apa kah masalah nye tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Laptop Encik saya rasa mengalami korosakkan IC controller yang mana membekalkan voltan ke bahagian2 tertentu. Kebiasaannya apabila IC controller itu mengalami kerosakkan, bekalan voltan yg di bekalkan akan menjadi tidak stabil dan IC controller tersebut seharusnya di tukar. Utk pertanyaan lanjut, hubungi saya melalui sms / call di 017-9911659. Terima Kasih.

      Delete
    2. ok terima kasih sy akn hubungi en nti

      Delete
  12. Laptop ACER Aspire 4736G

    Permasalahan :
    1. Mau Hidupin Langsung Mati
    2. Hidupin Laptop bisa Sampe 20 Menit
    3. Sudah Hidup sekitar 5 Menit Mati Lagi.
    4. Baterai oke
    5. Biar dilepas Baterai tetap Sama
    6. sudah dibersihan fan processornya dan dikasih pasta
    7. ganti ram juga sudah
    8. pasang hdd baru juga sudah
    9. reflow chipset vga, notrhbridge dan southbridge juga sudah

    Kira kira Laptop ini kenapa?

    plizzz......

    ReplyDelete
  13. cpu acer syatak mau on dan lampu butang on off nya kabur selepas saya cuci habuk pada smua kipas dan buka batri pas tu pasang balik tapi tak hidup.bole tak trang kan kenapa bole jadi mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Laptop Cik saya rasa mengalami korosakkan IC controller yang mana membekalkan voltan ke bahagian2 tertentu. Kebiasaannya apabila IC controller itu mengalami kerosakkan, bekalan voltan yg di bekalkan akan menjadi tidak stabil dan IC controller tersebut seharusnya di tukar. Utk pertanyaan lanjut, hubungi saya melalui sms / call di 017-9911659. Terima Kasih.

      Delete
  14. Salam.
    Acer Aspire 4935
    Lepas bukak untuk cuci habuk, bile pasang balik, screen hitam je. Tapi lampu lain2 menyala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pastikan RAM di pasang dengan betul, check LCD VGA Cable samada di pasang dengan betul atau tidak dan pastikan Processor di KUNCI dengan betul. Jika semuanya sudah di periksa dan di pasang dengan betul tetapi masih berkeadaan yang sama, sila jumpa mana2 technician motherboard yg terdekat dengan tempat tinggal emcik untuk pemeriksaan lanjut.
      Terima Kasih.

      Delete
    2. Terima kasih. RAM tak pasang betul. Sekarang dah ok. :)

      Delete
  15. Assalamualaikum en,sy nk tnye psl netbok sy, knape die kluar ''Failed to connect to a windows service'' setiap kali sy 'on' kan laptop.Benda ni mula kluar sejak sambungan kuasa elektrik ke laptop terputus secara tbe2.mse tuh sy xpkai bateri.jd, laptop mati dn tertutup dgn mengejut.Bile sy bukak blik, benda nih kluar.arrow(anak panah utk click2 tu) pn x bergerak lngsung seolah2 laptop hang@loading mungkin??Mcm mane ye cara utk atasi masalah ini. Sy amat memerlukan nasihat drpd en dn ribuan trima kaseh diucapkn buat en.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Saya x pasti apa model sebenar laptop tuan tetapi saya rasa Hard Disk laptop tuan perlu di periksa atau cuma perlu di 'Format' sahaja. Terima Kasih.

      Delete
    2. sy menggunakn netbok acer aspire one d270.buat pengetahuan en. sy bru shj membeli netbok sy pd bln 7 thn lpas.adakah kemungkinan utk hard disk sy rosak walaupun bru dibeli? tq krn mmbantu.

      Delete
    3. Salam, Risiko untuk kerosakkah Hard Disk agak rendah tetapi saya yakin laptop anda cuma mengalami kegagalan OS ( Operating System ) iaitu Windows berfungsi dengan baik dan perlu di 'FORMAT' atau 'REPAIR WINDOS' terlebih dahulu. Terima Kasih.

      Delete
    4. tq atas pertolongan tuan

      Delete
  16. Assalamualaikum encik saya ada problem dgn laptop acer aspire 4736G yg agak susah di on kan. kerusakannya kalau pakai battrey laptonya hidup tapi no display tapi kalau pakai adapter di on powernya nyala sekejab langsung mati tetapi kalau di lepas RAMnya dan di on kan balek langsung nyala dan di biarkan agak lama. dan setelah itu power di off kan pasang balek RAMnya dan on kan kembali powernya maka akan tampil displaynya kalau pakai adapternya. kalau pakai battrey sama sekali tidak tak display. kira-kira apanya yg rusak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Motherboard laptop sebenarnya yg rosak dan perlu di perbaiki. Kos membaiki pula hanya sekitar RM 150 sahaja.
      Terima Kasih

      Delete
  17. Assalamualaikum cik hafiez..laptop saya acer asphire 4736 ada msalah..bila saya on ade lampu kipas pusing tapi takda display..lpas 5 seconds dia auto off power,lampu kt on off tu pun padam..saya hold on off tu 20 sec pn jadi same jgak..ram dah cube tkar tapi tak boleh juga,hardisk pun dh cube tkar tapi same gak..adakah chipset??perlu ke tkar chipset sahaja atau better tukar motherboard trus??kalau cik hafiz ada jual motherboard acer 4736 brape harganya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Motherboard laptop encik telah rosak dan hanya perlu di perbaiki sahaja. Kos membaiki pula hanya sekitar RM 150 sahaja. Harga motherboard baharu bagi model ini pula sekitar RM 400.
      Terima Kasih

      Delete
  18. Asalamualaikum cik hafiz lapto acer aspire 4740 saya ada masalah. Boleh on, kipas hidup, dvd player boleh buka dan lampu indicator menyala.tapi skrin gelap tiada display dan tiada os.... Apa masalah boleh tolong tak. ..berapa bajet kalau nak dibaiki berbaloi tak. ...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Bagi kes dan model 4740, saya perlu memeriksa keadaan dan kerosakkan pada motherboard tersebut sebelum memberi apa2 saranan tetapi seandainya motherboard model tersebut perlu di perbaiki, kos untuk membaiki pula hanya sekitar RM 150 - 200 sahaja.
      Terima Kasih

      Delete
  19. Salam tuan,
    Saya punyai laptop Aspire 4736Z.
    Problem auto shutdown bila masuk Windows.
    Saya dh buat sendiri cuci kipas, vacumm habuk
    Saya telah berhati-hati dan dapat memasang kembali.
    Namun masalah tersebut masih sama.
    Ianya akan shutdown sejurus selepas boot windows screen.
    Tapi semasa dibios screen tak pulak off walaupun dibiarkan
    sehingga 2 jam.
    Saya google dan terjumpa dr-netbook tuan nih.
    Apa nasihat tuan?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum tuan, sy ad laptop acer aspire 4736z. Bila on ja, laptop akan mati semula secara automatik 5-8 saat selepas on. Screen display x de langsung. Kipas sempat berpusing sampai laptop mati. Member kata masalah chipset. Any idea?

    ReplyDelete
  21. saya ad sebuah laptop acer aspire 6935..permulaannya laptop ni selalu restart sendiri akibat overheat..sy telah buka dan tukar thermal compound pada kedua2 GPU n CPU..setelah d tukar laptop tersebut kembali ok seketika..kemudian ia padam sendiri semula..apabila on semula ia hanya boot grey screen..soalan saya adakah ini akibat dr kerosakan GPU?ada jalan ke untuk repair?thanx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laptop model seperti mana yg encik nyatakan masih boleh di perbaiki dengan kos RM 150.

      Sila hubungi saya di 017-9911659 utk keterangan lanjut.

      Terima Kasih

      Delete
  22. Assalamualaikum encik Hafiez,
    saya ada problem dgn laptop acer aspire 4736G.. setiap on laptop dia akan bunyi bib-bib panjang tak henti-henti, tapi bila saya ganti rem yang baru masih lagi bunyi lagi. agak-agak ape yang rosak nyek?

    ReplyDelete
  23. salam en hafiez,
    saya ada sebuah laptop acer aspire 4551..masalah pada laptop saya ialah skirn tidak display apa2..blank hitam je..bila saya tekan on, ok je..keluar lampu pada button on tu..kipas pusing..tapi dalam 30 saat..kipas brenti..tapi lampu on masih menyala..saya dah try reseat ram..xjadi jgak..so sy blur xtaw nk bt ape..hee..any idea?klu repair..brape ea harga..sy stay area putrajaya

    ReplyDelete
  24. sye mempunyai lappy acer aspire 4736z. lpas sthun pakai, sye m'hadapi mslh same spt komen kwn2 di ats. sye pergi atar servis kt kilang, tukar motherboard baru, kipas baru & lg tinggi kelajuannya then install security lbih cket then alhamdullilah until today xde mslh...

    ReplyDelete
  25. Kos membaiki bagi laptop model ini hanya sekitar RM 100 - 150. Sila hubungi kami di 017-9911659. Terima Kasih...

    ReplyDelete
  26. acer 4738G... GPU ( ATI mobility Radeon HD 5470 512 mb ddr3)
    BCCode: 116

    masalah saya screen akan flicker dan keluar BSOD yang tertulis saya ada masalah dengan driver dan AMD display device, selalunya semasa load OS, laptop ada garisan kelabu putih, kalau dapat ke desktop dalam 5 minit screen flicker, then BSOD.. kalau tak ada apa2, saya uji dengan permainan dan perkara sama berlaku.. kadang kadang screen tak on lansung.
    untuk maklumat tambahan, saya dah update driver, saya dah buat maintenance untuk laptop saya secara berkala.. habuk, fan bersihkan dan thermal paste saya tukar setiap 1 setengah bulan sebab suhu cepat naik, semua dah pasang seperti sepatutnya.. check driver dan device semua working properly. cpu dan gpu tak ada masalah dikesan, tak ada tanda kerosakan fizikal pada motherboard dan chip. RAM dah masuk elok elok. saya rasa mungkin IC atau transistor yang bermasalah. untuk elakkan masalah BSOD saya load dalam safe mode. boleh tuan bantu apa punca masalah saya ini. dan berapa anggaran kos pembaikan ? Terima Kasih..

    ReplyDelete
  27. Assalamu'alaikum, salam 1 rumpun...
    laptop saya acer aspire 4740 core i3-330m mengalami beberapa masalah, diantaranya :
    1. auto shutdown pada saat menggunakan laptop selama masa pemakaian sekitar 10 menit.
    2. setelah menyalakan laptop muncul pemberitahuan "Failed to connect to a windows service".
    3. ketika saya menginstall microsoft.Net, file folder yang seharusnya lengkap bersama folder microsoft.Net tersebut justru beberapa folder ada yang terpisah dan tersimpan di D.

    apa yang harus saya lakukan dengan laptop saya? terima kasih...

    ReplyDelete
  28. assalam, laptop saya acer aspire 4935, bila on je mati, bila dah boleh on guna dalam 10 minit mati balik, kenapa ya,

    ReplyDelete
  29. Asalamualaikumm En Hafiez, baru baru ini iaitu 2 bulan lepas saya baru hantar repair laptop Acer aspire 4540 saya kerana xde display. Katanya GPU chipset sudah ditukar. 4 hari lepas laptop saya mengalami kegagalan display kembali, selepas menonton perlawanan bola sepak secara streaming. adakah ini disebabkan yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aspire 4540 AMD ATI Graphic Chip : Masalah yang sama akan sentiasa berulang. Jalan sebaiknya untuk menyelesaikan masalah ini cuma tukar motherboard sahaja. Kos penukaran motherboard bagi model ini sekitar RM 300 - 450.

      Delete
  30. Salam en.hafiz,sy ada cek laptop acer model 4741G,rupanya kipas tak berfungsi, jad sy bukak semua skali ngan motherboard utk sevice dia,bila bukak balik suis nyala,kipas pusing,hardisk ada bunyi,tp monitor taknyala,lampu process pon taknyala.. kenpaya ye?

    ReplyDelete
  31. saya juga mengalami masalah yang sama seperti shahrul faiz diatas.. harap en hafiz sudi menjawab

    ReplyDelete
  32. tolong saya ada laptop acer aspire 4736z tp bila tekan butang on skrin hitam jak.bilang kawanku mungkin biosnya ysng korup.sesiapa yanh arif tentang laptop tolong bantu terutamanya encik hafiz?

    ReplyDelete
  33. Encik,saye ade leptop acer aspire 4935'saye on leptop kan,kenapa skrin sye hitam.kipas okey semua.tpi kalau sudah on.terus hitam dekat skrin.langsung tak ada cahaya keluar.knape tu cik?

    ReplyDelete
  34. Saya mengalami kesusahan untuk memperbaiki laptop Acer Aspire 4736G,kerusakannya Power di hidupkan Sebelum ngebooting dah mati lagi,Gimana solusinya Bos,tlng Bantuan nya bos..

    ReplyDelete
  35. bro.. external sy x blh buka.. bila plug in, komputer detect.. & boleh remove mcm biasa.. cuma x blh buka je...bila try buka hard disk, window jadi hang.. mcmana ye? data2 dlm hard disk tu blh dpt lg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HDD mungkin ada problem tp data2 dlm HDD masih boleh di selamatakn tapi saya syorkan lakukan recovery / backups secepatnya sebelum HDD berkenaan mengalami masalah yang lebih serius. Terima Kasih.

      Delete
  36. NO EN HAFIEZ GUNA LG X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya masih guna nombor lama. 017-9911659. Terima Kasih

      Delete
  37. Salam , screen laptop saya jadi blank ape puncenye n apakah cara untuk menyelesaikannya

    ReplyDelete
  38. Salam. Sepertimana yang saya nyatakan di atas, masalah tersebut berpunca dari kegagalan beberapa IC yang membekalkan voltage. Menukarkan IC tersebut adalah cara yang paling bagus.. Terima Kasih..

    ReplyDelete
  39. Salam. Saya nk tanya boleh x nk masukkn graphic card laptop acer 4736z. maaf.. mmg xtau apa apa psl lptop.. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Graphic card tidak boleh di tambah pada motherboard anda tetapi anda boleh menukar motherboard ke 4736G sekiranya anda memerlukan motherboard built in graphic card. Terima Kasih.

      Delete
    2. Kos utk tkr motherboard 4736z ke 4736g brpa?

      Delete
  40. Salam saya guna Acer aspire 4740..nk tanya harga screen & keyboard berapa ye? Screen pecah & keyboard ada huruf x function..ada kedai x kt jb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Untuk johor bahru, sila ke www.snspc.blogspot.com.
      LED - RM250 dan keyboard - RM100

      Terima Kasih.

      Delete
  41. Salam. Saya menggunakan acer aspire 4740. Lately nie, laptop saya keluar bunyi seakan alarm setiap kali saya on. Before bunyi alarm nie jadi, keyboard saya memang mempunyai masalah. Adakah ia saling berkaitan? Boleh saya tahu punca kepada masalah ini? Mohon pencerahan, terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya kurang jelas dengan permasalahan laptop Encik. Sila whatsapp saya di 0179911659 utk keterangan lanjut.

      Terima Kasih

      Delete
    2. tukar keyboard je dah setel..

      Delete
  42. Wahhh.......laptop saya sampai ke JB kul 4.00ptg....... kul 7.00mlm dah siap daaa....terbaik aaaaaa ..En. Hafiez

    ReplyDelete
  43. salam..saya menggunakan laptop toshiba satellite.. laptop saya mati biler plugin charger..tapi bila saya on hnya menggunakan battery tanpa charger laptop saya boleh on seperti biasa..saya dah cuba try guna charger lain tok pastikan samada charger saya problem atau tidak..tapi perkara sama juga berlaku..boleh saya tahu maslah laptop saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Masalah laptop Toshiba biasanya berkaitan dgn kegagalan sesetengah IC. Sila whatsap terus kepasa saya utk keterangan lanjut di 0179911659

      Terima Kasih

      Delete
  44. salam. sy guna acer 4736g. masalh laptop sy jd auto shutdown. sy dh hantar ke kedai utk repair. kedai tu inform motherboard sy rosak. so sy dh tukar motherboard baru. tp knpa maslah auto shutdown jd semula? apa masalah laptop sy sebenarnya? kedai tu cakap dia xboleh nak buat apa dah kat lptop sy. ada kwan sy ckap sbb setting kat bios. kita kena buka bios and turn off auto shutdown. mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Saya agak ragu bila Encik katakan motherboard sudah di tukar kerana jika motherboard benar2 di tukar, sepatutnya masalah sama tidak akan berulang... Sepertimana yg saya nyatakan di atas sebab2 berlakunya masalah sebegini... Masalah ini tidak akan selesai selagi tidak di baiki... Sila whatsapp saya di 017-9911659 utk keterangan lanjut. Terima Kasih.

      Delete
  45. Assalamualaikum, sy asal Sabah..nk tnya. klu laptop brmslah pd skrin, skrin hanya paparkan warna putih je, brapa kos pembaikannya? skali dgn pembayaran postage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kos repair biasanya RM100 dan kos pos ke sabah sekitar RM30 sahaja.
      Terima Kasih.

      Delete
  46. Assalamualaikum . Saya mempunyai Acer 4250(Kalau xsilap)
    Problem : Windows failed to start . Installer disc dah ilang jadi jika saya hantar ke kedai berapa kos yang perlu dibayar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaan kes sebegini cuma RM 50 - 60 sahaja. Terima Kasih

      Delete
  47. asalamualaikum wbt... saudara, maf kerana mngangu kerja anda. saya nak bertanya, leptop saya jenama acer aspire E1-522 AMD A6. masalah leptop saya bila saya pasang plug cahce / pengecas leptop dan berpasang bateri leptop saya ok ja sperti biasa. ttpi bila buka plug btri berpasang kekadang dalam 5 mnit gtu leptop saya jdi stuck dalam 3 minit gtu.. bgtula sbaliknya. boleh bgi pncerahannya atau tips dan sbgainya. bab saya sblum ni mngikut tips y d berikan ttpi sama shaja....
    trima kasih saudara.....

    ReplyDelete
  48. Salam nak tanye laptop saye MSi CR410 masalah auto shutdown.. Tinggal lampu biru je...kadang kadang boleh masuk windows...dlm 1 minit...lepastu gelap je...tekan button nk off pon xmahu kena cabut pengecas baru off lampu biru tu.. Saya pakai Amd not intel... Mahal x harge nk baik...

    ReplyDelete
  49. Salam nak tanye laptop saye MSi CR410 masalah auto shutdown.. Tinggal lampu biru je...kadang kadang boleh masuk windows...dlm 1 minit...lepastu gelap je...tekan button nk off pon xmahu kena cabut pengecas baru off lampu biru tu.. Saya pakai Amd not intel... Mahal x harge nk baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Biasanya bila masalah mcm ni berlaku di sebabkan 2 perkara sahaja samada kerana kepanasan melampau atau berlakunya kekurangan bekalan voltan ke blok2 tertentu pada motherboard. Kos repair sekitar RM 120 - 150. Boleh call / whatsap saya di 017-9911659 utk keterangan lanjut.
      Terima Kasih

      Delete
  50. Salam, en sy guna laptop lenovo g460. Dah guna 5 tahun. N masalahnya laptop sy selalu off sendiri. Dia on dalam 20-40 mnt then akan mati semula. Sy dah bersihkan kipas dalam tu semua. Rasanya ape kerosakannya ye?

    ReplyDelete
  51. assalam bro..laptop acer aspire 4935 sy slalu auto shutdown..adakah masalah ni berpunca drpd power supply atau graphic chipset ye..atau sebab2 yg laen..bole terangkan sikit x bro..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Masalah autoshutdown atau no display bagi laptop model ini biasanya tidak berkait dgn Nvidia Graphic Chip. Kebiasaan laptop model ini mengalami masalah autoshutdown atau no display biasanya berpunca dari power viltage tidak stabil. Sila rujuk artikel di atas...
      Terima Kasih
      017-9911659

      Delete
  52. salam..bro saya nak tahu apa msalah laptop ini klau tekan on kipas processor berputar dlm 10 second mcm tu sahaja then stop..dalam semua saya dah clean..mohon pencerahan...laptop jenis acer aspire 4736g ..

    ReplyDelete
  53. Assalam , Model Laptop Acer Aspire 4752Z , apakah masalah laptop tersebut bila stiap kli press button On/Off laptop tuh , screen menunjukkan lambang ACER dan ada bunyi beep² brulang kali . lgsg x dpt bt apa² ngn laptop tuh . Mohon tunjuk ajarku sifu ?? :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... keyboard problem... di nasihatkan tukar keyboard. Terima kasih.

      Delete
  54. Hello, mohon pertolongan.
    Laptop Lenovo 1 Malaysia
    Masalah:
    Bila on automatik masuk mycomputer bukan desktop
    desktop/windows hitam
    bila off laptop terpaksa guna button on/off
    Mohon bantu :)

    ReplyDelete
  55. Laptop 4736G saya dah repair motherboard, tapi keyboard rosak. beberapa key tekan tak keluar. Sekarang serve net, image tak keluar, bila keluar image distorted, warna lari habis, ada merah, kuning dan biru. Apa kerosakan kali ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mr Tan, Keyboard is need to change with new one. Estimate price for keyboard is RM100 or below. For image color distorted, suspected VGA screen cable problem. Regards.

      Delete
  56. Salam en hafiez...sy ada 2 laptop acer model 4736z.. Kedua2nya mempunyai masalah yg sama.. Power on tp tiada display.. Satu lagi salah satu dari laptop tersebut mengalami auto off..berapa kah kos baik pulih tersebut dan dimanakah lokasi terdekat sy boleh menghantar laptop saya kepada pihak tuan.. Sy asal melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kos repair RM 150.
      JB - 017-9911659
      KL / Selangor - 010-7070997
      Terima Kasih

      Delete
  57. Salam en hafiez...sy ada 2 laptop acer model 4736z.. Kedua2nya mempunyai masalah yg sama.. Power on tp tiada display.. Satu lagi salah satu dari laptop tersebut mengalami auto off..berapa kah kos baik pulih tersebut dan dimanakah lokasi terdekat sy boleh menghantar laptop saya kepada pihak tuan.. Sy asal melaka

    ReplyDelete
  58. i ada satu bookpro hp .. i5 , bru2 ni charger rosak ,, ni da ada charger ,, tetiba keyboard plak rosak .. rasa2 u masalah apa tu ? i da service cuci2 sume tp tk jd gak ,, nk boot bios setting pun tkleh tkn f2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Jika keyboard rosak, tiada cara lain utk baik pulih melainkan menukar keyboard pada yg baharu. Harga keyboard sekitar RM 80 - 120.
      Terima Kasih

      Delete
  59. Salam.

    Encik hafiz, sy ade masalah laptop x leh on.. Tp bila try bnyk kali kadang2 boleh on n masuk window.. Model aspire 4738g.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau laptop tu ada pernah autoshutdown, berkemungkinan motherboard ( GPU ) overheat.

      Terima Kasih

      Delete
  60. Assalam..berapa harga selalu dikenakan membaiki cpu chipset..??

    ReplyDelete
  61. Salam,

    Kos repair biasanya sekitar RM 50 - 150.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  62. salam.. sy pengguna acer aspire one D270.. sy ada masalah apabila tekan button on untuk hidupkan, akan nyala lampu on dan bunyi kipas berfungsi tetapi beberapa saat sahaja akan terpadam semula.. mohon bantuan apa masalah sebenarnye ye? berapa kos pembaikan ye jika masalah mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Berkaitan netbook D270 auto OFF, mungkin ada komponen yang rosak menyebabkan masalah auto off dan kos membaiki biasanya RM150 dan kebawah tetapi jika tuan ingin menukarkan motherboard D270 dengan yang baharu, kos termasuk pemasangan hanyalah sekitar RM250.
      Terima Kasih.

      Delete
  63. Salam, saya punya laptop jenama Acer Aspire V5431 dalam 4 tahun dah guna. Laptop punya engsel ni patah . Kalau nk guna saya kena tahankan screen laptop dgn something. Kalau baiki berapa agaknya kos/bajet diperlukan?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum.laptop sy jenama acer aspire.sy nak tanye macam mane nak hidupkan laptop yg mati secara tiba-tiba..dan kemudian apabila sy tekan pada button on laptop,muncul perkataan "Processing automatic restart" dan selepas itu muncul ayt "your PC run out...."mcm mane untuk hidupkn kembali??

    ReplyDelete
  65. halu.. laptop saya jenama acer aspire e15 rosak x dpt on.. dah htr ke kedai tp x dpt buat.. alasannya trkena air.. cm mne nak baiki atau dah x dpt baiki da.

    ReplyDelete
  66. halu.. laptop saya jenama acer aspire e15 rosak x dpt on.. dah htr ke kedai tp x dpt buat.. alasannya trkena air.. cm mne nak baiki atau dah x dpt baiki da.

    ReplyDelete
  67. Laptop acer aspire saya tak boleh on..tp klau charge lampu charge menyala..saya dh tkr motherboard,hardisk keyboard..still tak boleh on..knp ye.

    ReplyDelete
  68. Laptop asus u32u. Mula cucuk cas indicator bergerk kemudian berhenti. Batery baru tukar

    ReplyDelete