Saturday, May 25, 2013

4250 4738 4738G 4738Z NO DISPLAY AUTO OFF

4250 4738 4738G 4738Z NO DISPLAY AUTO OFF

Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak megisi apa2 perkembangan tentang perihal komputer di blog ini dan saya meminta jutaan maaf dari pembaca dan pengikut blog saya dan Insyaallah selepas ini, blog saya ini akan sentiasa di kemas kini kembali seperti mana sebelum ini.

Untuk artikel ini, saya akan bawakan model 4250 4738 4738G 4738Z dari Acer Aspire. Kebiasaannya laptop model ini akan mengalami masalah seperti 'Auto OFF' 'No Display' dan satu lagi masalah pada laptop ini adalah HDD ( Hard Disk Drive ) yg mengalami masalah suhu yg agak tinggi dan menyebabkan risiko kerosakkan pada HDD agak tinggi.



Suka saya ingatkan kepada pengguna laptop model ini agar mengemas kinikan BIOS lama kepada BIOS yang terbaru untuk prestasi yang lebih baik bagi laptop model ini. BIOS terbaru boleh di download di rangkaian sepertimana di sediakan di bawah :

http://www.acer.co.uk/ac/en/GB/content/drivers


AUTO OFF
Pada peringkat awal kerosakkan, laptop akan mengalami masalah 'Auto OFF' terlebih dahulu di sebabkan kegagalan GPU berfungsi dengan baik. Kadangkala masalah ini berlaku setelah laptop di hidupkan tidak lebih dari 1 jam dan kadangkala berlaku setelah lebih 1 jam selepas laptop di hidupkan. Jika mengalami simptom seperti ini, sebaiknya laptop di servis dan BIOS perlu di kemas kini dengan kadar yang segera sebelum masalah ini bertukar dari 'Auto OFF' ke 'No Display'.

NO DISPLAY
Laptop model sebegini yang sudah pun mengalami masalah 'No Display' perlulah di baiki oleh juruteknik yang mahir lengkap dengan Mesin mesin khas. Biasanya kerosakkan ini berlaku apabila GPU pada motherboard tidak lagi berfungsi dan kebiasaannya di sebabkan oleh kepanasan melampau.
Suka saya ingatkan kepada semua pengguna laptop agar tidak menggunakan laptop pada permukaan yang mana boleh menutup lubang lubang aliran udara seperti di atas TILAM, BANTAL, KARPET dan sebagainya kerana sekiranya lubang aliran udara laptop di tutup, suhu laptop akan naik secara mendadak dengan kadar yang terlalu cepat dan boleh mencecah hingga ke 105 darjah. Saya cadangkan laptop hanya di gunakan pada permukaan yang rata sahaja bagi mengelakkan masalah kepanasan melampau.

Pada artikel akan datang, Insyaallah saya akan kupaskan pula isu dan permasalahan laptop Acer Aspire Timeline 4810 4810T 4810TZ 5410 5410T 5410TZ 5810 5810T 5810TZ 'No Display' dan 'Hang / Freeze'.

Terima Kasih
Hafiez
017-9911659
Technician SNS PC Station
www.sns-group.blogspot.com


5 comments:

  1. Sori nak tanya sikit, Kalau Acer A1 dapat on cuma 5 saat apa masalah ek? Masa padam tu api LED power/HDD stay sahaja & MOBO terasa panas tapi kipas/HDD tak jalan & screen blank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Mungkin di khuatiri masalah berpunca dari motherboard overheating. Perlu di servis terlebih dahulu...
      Sila hubungi kami di 017-9911659. Terima Kasih...

      Delete
  2. As-salam. Nak leh tau JB area mane?sy ada 3 model laptop yang nak dibaiki..kalau masih boleh dibaiki lg la.

    acer aspire 4736G - AutoRestart/AutoOFF
    HP Pavilion dv200 - No display
    Compaq CQ42 - no display and LED blinking

    Dan lg 1 nak tnye kos setiap kerosakan tersebut. TQ

    ReplyDelete
  3. Kos membaiki setiap laptop hanya sekitar RM 100 - 150. Sila hubungi kami di 017-9911659. Terima Kasih...

    ReplyDelete
  4. SY AD MASALAH PADA LAPTOP ACER 4738G,MASALAHNYA LAPTOP X BLEH ON LANGSUNG, IA NYA DI SBB KAN PE EKK??

    ReplyDelete