Monday, June 8, 2015

ACER ASPIRE 4736 4935 4937 AUTO OFF / SHUTDOWN / NO DISPLAY





Assalamualaikum...

   Dalam 2 tahun kebelakangan ini, saya terima cukup banyak Acer Aspire model 4736 , 4736Z , 4736G , 4935 , 4935G , 4937 dan 4937G yang bermasalah Auto Shutdown & No Display. Pada mulanya ketika saya menerima laptop model ini, hampir buntu untuk saya menyelesaikan masalah laptop model ini kerana laptop model ini. Berkat usaha saya dengan izin yang Maha Esa saya dapat menyelesaikan masalah ini walaupun masa yang saya ambil boleh di kira agak lama jika di bandingkan dengan masalah laptop lain sebelum ini.



   Bagi laptop model ini, kerosakkan kebiasaannya berpunca dari  kegagalan 1 atau 2 IC berfungsi secara normal kerana voltan yang sepatutnya di bekal keluar oleh IC ini adalah tidak lebih dan tidak kurang dari 1V tetapi apabila IC tersebut rosak, voltan keluar mungkin akan lebih atau kurang dari 1Volt dan menyebabkan laptop gagal boot windows secara normal. Ada kalanya akan mati tiba tiba ketika paparan logo windows dan ada ketikanya tiada paparan langsung. Ada juga kes auto off 3 hingga 5 saat setelah butang ON di tekan.Setelah IC itu di tukar, laptop kembali berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah lagi...

   Kebiasaanya, membaiki laptop model ini jika dibaiki, kos yang di kenakan hanya sekitar RM150 sahaja.

   Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/


ASUS NOTEBOOK NO POWER NO DISPLAY



Assalamualaikum,

   Dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini, saya perasan laptop Asus semakin kerap masuk ke bengkel saya untuk di perbaiki. Rata rata masalah laptop jenama ASUS ini kebanyakkannya hampir serupa. Masalah yang saya maksudkan adalah :
1- No Display / Tiada Paparan
2- No Power / Tiada Voltan Masuk

Kebanyak model ASUS yang terlibat adalah seperti :
A42 , A43 , A53 , K43 , K52 , K53 , K54 , K72 , U47 , U53 , U56 , X44 , X50 , X52 , X53 , X54 , X72 dan beberapa series model lagi.



NO DISPLAY / TIADA PAPARAN
   Kebanyakkan laptop Asus ini di gunakan untuk games dan tak kurang juga untuk kegunaan harian atau untuk kegunaan pejabat tetapi kebanyakkan laptop Asus yang mengalami kerosakkan no display ini berpunca dari tahap penggunaan grafik / Graphic Card / GPU ( Graphic Chipset ) yang cukup tinggi sehinggakan mengakibatan kerosakkan pada GPU tersebut. Bukan hanya penggunaan yang melebihi had, tahap suhu yang melampau juga boleh mengakibatan kerosakkan sebegini. Bagi mengelakkan kerosakkan sebegini, ada dua cara sahaja iaitu, pengguna hendaklah sentiasa memastikan aliran udara keluar masuk adalah baik dan sentiasa memastikan laptop sentiasa bebas dari habuk. Bukan habuk di luar tetapi habuk di kipas yang berada di dalam laptop.

NO POWER / TIADA VOLTAN MASUK
   Kes ini pula berbeza dengan kes di atas. Kes ini biasanya bukan di sebabkan kesalahan pengguna tetapi biasanya kegagalan komponen elektronik pada motherboard atau pada Power Adapter.



   Kebiasaan laptop jenama Asus yang mengalami masalah No Power ini di sebabkan beberapa IC komponen yang telah rosak dan gagal berfungsi secara normal dan juga kegagalan Adapter membekalkan kuasa / voltage ke laptop. Jika kerosakkan berpunca dari Adapter, pengguna boleh membeli adapter gantian dari mana mana kedai berhampiran dengan kos RM 65 - RM 125 tetapi sekiranya kerosakkan berpunca dari kegagalan IC atau sebarang komponen pada motherboard, saya cadangkan laptop di hantar ke kedai membaiki motherboard.

   Kos bagi membaiki kedua dua jenis kerosakkan di atas, jika di baiki di kedai saya hanyalah sekitar RM 100 - 150 sahaja. Kos harga membaiki di kedai kedai lain mungkin berbeza tapi saya syorkan pengguna memastikan kos membaiki terlebih dahulu bagi mengelakkan di kenakan kos yang tinggi.

Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/

Thursday, March 12, 2015

ACER ASPIRE V5 SERIES NO DISPLAY


Assalamualaikum,
  Dari dua minggu lalu, saya terima hampir 8 unit laptop Acer model Aspire V5-431 V5-531 V5-471 dan rata rata kerosakkan yang di alami adalah masalah sama iaitu masalah tiada paparan ( No Display )


Setelah di periksa dengan teliti, masalah ini cuma berpunca dari satu IC yang mana menyimpan data memory mengalami shortage dan untuk menyelesaikan masalah ini, IC tersebut haruslah di tukar. Suka saya ingatkan bagi juruteknik yang baru dalam bidang ini supaya tidak mengusik komponen komponen lain kerana di khuatiri akan merosakkan bahagian bahagian motherboard yang lain.


Kebiasaannya, kos IC tersebut hanya sekitar RM 80-100 jika tanpa pemasangan dan RM150 untuk IC termasuk pemasangan.

Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :

Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap

Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/