Monday, June 8, 2015
ACER ASPIRE 4736 4935 4937 AUTO OFF / SHUTDOWN / NO DISPLAY
Assalamualaikum...
Dalam 2 tahun kebelakangan ini, saya terima cukup banyak Acer Aspire model 4736 , 4736Z , 4736G , 4935 , 4935G , 4937 dan 4937G yang bermasalah Auto Shutdown & No Display. Pada mulanya ketika saya menerima laptop model ini, hampir buntu untuk saya menyelesaikan masalah laptop model ini kerana laptop model ini. Berkat usaha saya dengan izin yang Maha Esa saya dapat menyelesaikan masalah ini walaupun masa yang saya ambil boleh di kira agak lama jika di bandingkan dengan masalah laptop lain sebelum ini.
Bagi laptop model ini, kerosakkan kebiasaannya berpunca dari kegagalan 1 atau 2 IC berfungsi secara normal kerana voltan yang sepatutnya di bekal keluar oleh IC ini adalah tidak lebih dan tidak kurang dari 1V tetapi apabila IC tersebut rosak, voltan keluar mungkin akan lebih atau kurang dari 1Volt dan menyebabkan laptop gagal boot windows secara normal. Ada kalanya akan mati tiba tiba ketika paparan logo windows dan ada ketikanya tiada paparan langsung. Ada juga kes auto off 3 hingga 5 saat setelah butang ON di tekan.Setelah IC itu di tukar, laptop kembali berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah lagi...
Kebiasaanya, membaiki laptop model ini jika dibaiki, kos yang di kenakan hanya sekitar RM150 sahaja.
Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya di :
Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap
Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, kedai encik area kl kt mane?sy ade masalah dgn aspire 4738g. X boleh on. Tp kadang2 boleh on, masuk window n boleh guna mcm biase(bila try bnyk kali yon) masalah IC jugak ke?
ReplyDeleteGreat article ...Thanks for your great information, the contents are quiet interesting. I will be waiting for your next post Laptops for sale
ReplyDelete