Tuesday, February 1, 2011

COMPAQ PRESARIO V3000 POWER & BOOT PROBLEM


Masalah Compaq V3000 AMD/Intel lebih kurang sama. Tengok list di bawah untuk senarai kerosakkan yang biasa di alami oleh pemilik-pemilik keluarga Compaq Presario V3000.

1- Tak boleh ON
2- Tak boleh charge
3- Tiada paparan ( No Display )
4- Tak Boleh BOOT
5- Screen Problem ( Tompok hitam / putih ) dll

Dalam sejarah kerosakkan keluarga V3000 ni, golongan AMD seperti biasa penyumbang kerosakkan yang paling banyak dengan nisbah 1:3 jika di bandingan dengan Intel. Di sini saya akan tunjukkan cara - cara menghidupkan kembali V3000 yang mengalami masalah NO POWER / CAN'T BOOT.

Kebiasaannya, V3000 yang mengalami masalah NO POWER / CAN'T BOOT masih boleh meneruskan kerja mengecas bateri tetapi gagal untuk menghidupkan set seperti biasa. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, buka bateri dan adapter dari set laptop anda. Buka soket bateri CMOS yang terletak sebelah HDD Hard disk. Setelah semua sumber tenaga sudah di buka, tekan butang ON selama 30 saat atau 1 minit. pasangkan kembali adapter ke soket set laptop anda. Bateri dan bateri CMOS jangan di sambungkan dahulu...! Tekan suis ON dan set anda akan berfungsi seperti biasa. Setelah set anda hidup, pasangkan bateri dan bateri CMOS kembali dalam keadaan ON.
Bateri CMOS Presario V3000


Langkah2 di atas biasanya berhasil tetapi seandainya set anda masih gagal untuk berfungsi setelah mengikut langkah langkah seperti di atas, berkemungkinan motherboard anda memerlukan pemeriksaan oleh DR.Notebook kerana berkemungkiana besar motherboard anda mengalami MAJOR DEFECT dan perlu di baiki oleh pakar dengan peralatan khas. Kerja membaiki motherboard oleh individu yang kurang arif dan peralatan yang kurang sesuai akan mengundang lebih banyak kerosakkan.

Motherboard Compaq Presario V3000

11 comments:

  1. bro, aqu punya presario V3000 dia hitam on tpi gagal ke boot.. that dia ada banyak beep.. kenapa agaknya yaa ?

    ReplyDelete
  2. tq bro..lptop sy da berjaya dibuka hehe trima kasih..semoga harimau malaya menang mlm nie..amin.

    ReplyDelete
  3. v3000 saya rosak mcm ni la xleh boot, hantar kt kawan kepada kawan utk repair, tp mghilangkan diri dgn laptop2 saya skali

    ReplyDelete
  4. Saya tidak dapat meolong saudara jika laptop saudara di bawa lari oleh sesiapa tetapi jika laptop saudara masih di tangan saudara, sila cuba langkah2 seperti di atas.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. bro sya punya lpatop mintak password utk phoenix bios setup utility boleh tolong tak bro.....

    ReplyDelete
  7. berjaya.tetapi after that x boleh power off and display jadi dim.
    how bro?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. brjaya on kn laptop ni setelah sekian lama x di on kn.. ingtkn dh kong m/bord laptop ni.. so battery cmos ni nk kena ganti kn yg baru ke atau pakai je yg lama ny ni.. trima kasih byk2 tuan...

    ReplyDelete