Friday, January 21, 2011

Permasalahan Notebook Acer Aspire 4520

Sepanjang bulan November hingga ke hari ini, saya banyak terima laptop untuk di baiki. Yang saya syaki, laptop Acer Aspire 4520 adalah antara model yang menjadi RAJA dalam carta kerosakkan yang telah saya perbaiki. Acer Aspire 4520 adalah notebook ber'proccessor' AMD dan GPUnya pulak, Nvidia. Model 4520 ni selalunya akan mengalami kerosakkan motherboard selepas 2 ~ 3 tahun. Masalah yang biasanya menjadi punca, tak lain dan tak bukan.... PANAS.



Setelah sekian lama mengalami kepanasan, motherboard model ni akan mengalami kerosakkan yg serius seperti :
- Tak Boleh ON
- Tiada Paparan ( NO Display )
- ON dan OFF semula
- Auto Shut Down

Kebanyakkan kedai komputer lain akan mencadangkan pemilik notebook model ini untuk menukarkan motherboard dengan harga sekitar RM500 ~ RM 700. Untuk pengetahuan semua, model 4520 ini, anda boleh beli 1 set ( terpakai ) dengan harga RM800 sahaja jadi, saya tidak fikir pemilik - pemilik Acer model ni setuju dengan pilihan menukarkan motherboard yang beharga agak tinggi.

Di sini saya cadangkan pemilik Acer model 4520 membaiki dahulu motherboard anda. TAPI...!!! hantar motherboard anda pada pembaiki yang bertauliah sahaja. Kos untuk membaiki notebook model ini hanyalah sekitar RM150 ~ 250 sahaja dan hanya memakan masa 1 ~ 2 JAM sahaja.

Kepada pemilik-pemilik Acer 4520 yang mengalami kerosakkan, bolehlah cuba hantar kepada saya untuk di baiki dengan kos yang agak rendah dan berpatutan.


017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

13 comments:

  1. Saya ada sebuah acer 4520. masalah laptop saya sekarang ialah bios tak detect hard disk dan DVD. Saya dah update bios tetapi masalah tetap sama. Apakah jenis kerosakan dan berapa kos untuk dibaiki?

    ReplyDelete
  2. sy nak tanya pasal acer aspire 5500Z, sekarang dah pakai hampir 5tahun, tp dlm masa setahun ni laptop kerap terpadam sendiri. minta bantuan kalo ada suggestion nk buat apa.

    ReplyDelete
  3. Salam Akuk...
    Acer 4520 anda mungkin mengalami kerosakkan Controller yang menyalurkan voltage ke HDD dan DVD drive dan kos membaiki kerosakkan seperti ini sekitar RM 100 sahaja dan harus di ingat, kerosakkan seperti ini boleh merebak sehingga satu tahap laptop anda akan tidak mempunyai display lagi di masa akan datang. sila hantar laptop anda ke kedai berhampiran dengan tempat tinggal anda utk di baiki sebelum masalah laptop anda menjadi semakin teruk.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. Salam Ana...
    Saya percaya laptop Cik Ana tidak di servis dalam masa terdekat ini dan kerana itu juga laptop Cik Ana mengalami kerosakkan seperti itu. Saya nasihatkan Cik Ana utk mengahantar laptop Cik Ana untuk di servis dengan kos sekitar RM 50 di mana mana kedai servis / repair laptop berhampiran.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. Salam...

    saya mempunyai laptop di mana laptop saya bila saya on ...segala tulisan akan menjadi double di dalam paparan window

    sekian..

    ReplyDelete
  6. salam...berapa kos repair motherboard acer 4736g??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kos membaiki motherboard Acer 4736G adalah sekitar RM 100-150. Terima Kasih.

      Delete
    2. murahnyer... kt kdi sy tnya rm700... boleh sy hntr ke kdi awak??? bole post ke???

      Delete
    3. Salam, Sila ke www.snspc.blogspot.com untuk alamat dan petunjuk ke kedai kami. Terima Kasih.

      Delete
  7. salam , laptop saya mengalami masalah on dalam 1 saat , then off balik .. apa masalah nya ye ?

    ReplyDelete
  8. As-Salam, sy memiliki laptop Acer Aspire 4741G Series. Masalahnya, bila ON laptop, dia akan keluar prompt ke 2 menu, Repair diagnose atau Startup Manually.

    Bila sy guna Startup manually, ia akan restart balik ke prompt menu.

    Bila sy guna Repair Diagnose, ia amik masa sgt lama utk scan (screen blank). Sampai habis bateri pon masih tak keluar apa2. Blh sy tahu apa masalah nya dgn laptop sy ni? Sy nak hantar kedai tapi ragu2 sbb x tau apa masalahnya.

    Berapa kos yg diperlukan? Tq ;)

    ReplyDelete
  9. salam...saya ada masalah laptop dell...bila saya On akan error "Time of the day-stopped"..kenapa jadi macamni ek? masalah bios or hardisk yg probs...harap boleh membantu coz saya takut kena tpu masa hantar repair kat kdai nanti...thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bateri BIOS perlu di tukar... Kos sekitar RM50 - 60.

      Delete