Monday, June 27, 2011

LAPTOP HANG & SHUT DOWN SELEPAS 5 MINIT

Baru baru ni saya terima satu unit Toshiba L200 dan HP DV1000 yang mengalami masalah yang hampir sama iaitu hang & auto shut down kira-kira 5-10 minit di ON kan. Kedua dua unit ini berjaya masuk ke windows sehingga ke wallpaper tetapi tiba - tiba hang tak tentu pasal. Puas juga saya mencari apa salah dan silap pada motherboard tetapi reading pada multitester menunjukkan bacaan yang tepat. Setelah di periksa semula, saya dapati HDD ( Hard Disk Drive ) mengalami kerosakkan yang di kenali kelajuan bacaan HDD yang kurang stabil.


Jika HDD yang mengalami kerosakkan seperti ini, biasanya sangat sukar di kesan kerana HDD ini boleh di baca sekiranya di sambung pada external HDD adapter tetapi HDD ini akan mengalami kegagalan untuk berfungsi secara normal untuk menjalankan OS.



Setelah saya menukarkan kepada HDD yang baru, kedua dua laptop tadi berfungsi seperti sediakala tanpa sebarang masalah dan kedua dua HDD yang mengalami kerosakkan tadi di pulangkan kembali kepada pelanggan saya untuk di jadikan external hard disk. Sekiranya laptop anda mengalami masalah yang sama seperti ini, jangan sesekali membuang HDD ini kerana HDD yang mengalami kerosakkan ini masih boleh di jadikan external hard disk dan hanya perlu memodalkan RM 20 untuk membeli external hard disk casing sahaja.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

8 comments:

  1. salam.mohon kongsi dgn dr.notebook..kwn saya baru beli notebook acer dalam 2 minggu.notebooknya shutdown selepas 10 minit..guna terus ke power cepat sikit shutdown dari guna bateri..mohon penjelasan..tq

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kebiasaan laptop yang mengalami masalah auto shut down ini terdiri dari laptop yang telah di guna pakai lebih dari 1-2 tahun. Saya tidak begitu pasti laptop yang di beli itu laptop baru atau 2nd hand dan modelnya tetapi jika laptop itu masih dalam tempoh jaminan, saya syorkan laptop di bawa ke mana mana service centre yang terdekat untuk di kenal pasti kerosakkannya.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. salam Hafiez..saye nak tanye pasal HDD notebook Compaq V3500 saya... Laptop dah xidup so saye amek HDD lptop utk jadikn Xternal HDD... masalahnye bila cnnect ke PC xleh baca.. PC mintak HDD tu d format dahulu..tp bila sya ambil option format ia ambil masa yg agak lama dan akhirnya PC bgtau HDD tu xleh format (lebih kurang mcm tu lah)
    Jadi ada x cara lain mcm mana saye nk dapatkan balik data2 dlm HDD notebook tu? atau smua data2 tu dah burn masa proses format yg tak siap tu..? terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Bagi saya, HDD anda mengalami sidikit kerosakkan dan berkemungkinan mempunyai bad sector atau sebagainya. Sekiranya anda belum men'FORMAT' HDD tersebut, data yang tersimpan di dalam HDD masih boleh di selamatan dengan cara recovery data yang hanya mampu di lakukan oleh individu yang arif sahaja tetapi sekiranya HDD sudah di format, segala data tidak akan dapat di selamatkan lagi. Bagi kes anda pula, saya cadangkan anda mencuba untuk menghantar pada yang arif bagi mendapatkan semula data yang tersimpan pada HDD tetapi saya tidak pasti percentage untuk mendapatkan kembali data di dalam HDD itu samada tinggi atau sebaliknya...

    Terima Kasih
    017-9911659

    ReplyDelete
  5. laptop sony viao, bila saya buka, loading sat je dia mati terus, tapi kadang2 sempat la saya surf internet 15-30 minit, lepas tu laptop tu akan padam sendiri... sedih betul.. apa masalah ek?????

    Lps tu, cpu saya, dia tanak load window.. kenapa ek??? kalau saya nak amik isi dalam yang ada dalam cpu tu, kirenya, saya boleh jadikan hard-drive dalam cpu tu jadi external hardisk????

    ReplyDelete
  6. bro..sy ade compaqCQ20 tiba shutdown,sy chek HDD ok, pastu sy nak install slpas format tp gak bisa paling lama 2 mnt dah shutdown....

    satu lagi P sy nak install window gak boleh....mohon penjelasan nye ....sila balas ke (faadzzlee@gmail.com)

    thank's moga anda maju terus....blog anda bagus.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya pasti laptop encik mengalami masalah pada motherboard dan bukannya pada hard disk. sila rujuk link di bawah.
    http://dr-notebook.blogspot.com/2011/12/compaq-cq30-hang-freeze-c700-no-display.html

    Terima Kasih

    ReplyDelete