Sunday, March 27, 2011

TOSHIBA SATELLITE M200 HANG NO DISPLAY FREEZE

Kepada sesetengah pengguna laptop Toshiba model Satellite M200, pastinya ada yang pernah mengalami masalah seperti "Hang, Freeze, No Display" dan sebagainya... Jika di amati, laptop model ini hanya mangalami kerosakkan apabila di sambungkan dengan adapter sahaja sedangkan laptop boleh berfungsi 100% tanpa masalah apabila tidak di sambungkan dengan adapter dan di hidupkan menggunakan tenaga bateri sahaja.

Seandainya anda pernah mengalami kerosakkan seperti ini, anda bolehlah mencuna satu cara untuk menyelesaikan masalah ini. Sila ikuti langkah langkah di bawah :

1- Hidupkan laptop anda dan tekan F8 secara berterusan
2- Pilih "Safe Mode" sebagai pilihan untuk boot windows
3- "Right Click" di ikon "My Computer" dan pilih "Properties"
4- Cari dan klik "Hardware" dan klik "Device Manager"
5- Klik "+" di ikon "Processor" dan anda akan dapati 2 lagi ikon muncul di bawahnya
6- "Disable"kan salah satu daripadanya atau kedua duanya sekali
7- Restart dan boot windows secara Normal.

Dengan cara seperti yang saya lampirkan di atas, saya harap masalah anda akan dapat di atasi tetapi hanya untuk sementara. Sekiranya masalah yang sama berulang lagi selepas beberapa bulan, anda perlu memeriksa motherboard di bahagian CPU. Di sekitar atau belakang CPU, anda perlu memeriksa satu persatu komponen sehingga komponen yang rosak. Biasanya anda perlu mempunyai sedikit kemahiran tentang elektronik untuk melakukan kerja kerja pemeriksaan motherboard dengan alatan yang lengkap.


Masalah jenis ini berlaku di sebabkan kerana kegagalan CPU berfungsi secara normal atau kekurangan volatge yang di bekalkan kepada CPU untuk berfungsi secara normal. Jika anda tidak mempunyai kemahiran tentang elektronik atau tidak mempunya alatan khas, anda bolehlah menghantarkan laptop anda untuk di baiki kepada saya dengan kos sekitar RM 150 ~ 180. Hubungi saya di :

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing ) 

Sunday, March 20, 2011

MENGENAL PASTI KEROSAKKAN GPU ATAU LCD


Sepertimana tajuk yang terpampang di atas sana, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang bagaimana cara untuk mengenal pasti kerosakkan LCD ataupun kerosakkan GPU supaya kita tidak tersalah menukar parts dan secara automatiknya akan merugikan kita sendiri.

Jika tiba tiba laptop anda tiada paparan setelah di ON kan, jangan panik... Ikuti langkah langkah di bawah...

1- Periksa Memori Laptop ( RAM )
Pastikan cooper track dalam keadaan bersih atau bersihkan dengan mengosokkan pemadam pensil ke cooper track hingga cooper track itu berkilat. Pasangkan RAM kembali dengan kedudukan yang betul dan ON kan kembali laptop anda. Jika masih tiada paparan, sila ikuti langkah yang ke  2.





2- Periksa Menggunakan External Monitor
Sambungkan External Monitor ke laptop anda. Tak kira monitor CRT mahu pun LCD sebab semuanya sama. Pastikan sambungan VGA nya rapat dan ON kan laptop. Jika external monitor anda mempunyai paparan bermakna, LCD laptop ataupun VGA flat cable laptop anda mangalami masalah dan jika masih tiada sebarang paparan di external monitor, itu bermakna GPU anda yang mengalami masalah.

Sekiranya LCD atau VGA Flat Cable yang mempunyai masalah, anda boleh menukarkan LCD kepada yang baru dengan harga sekitar RM 380 dan jika VGA Flat Cable yang bermasalah, anda boleh dapati parts itu dengan harga sekitar RM 100 ~ 200 sahaja. Sekiranya GPU anda pula yang bermasalah, anda boleh membaiki GPU anda dengan kos sekitar RM 150 ~ 250.



Saya harap dengan penerangan di atas dapatlah anda mengenal pasti kerosakkan sebenar laptop anda dan dapatlah anda membaiki atau menukarkan part yang tepat tanpa mengambil masa yang panjang dan kos yang terlalu mahal. Pada sesiapa yang memerlukan khidmat saya untuk menukarkan LCD, VGA Flat Cable atau membaiki motherboard, sila hubungi saya di :

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing ) 

Monday, March 14, 2011

REFLOW & REBALL

PERBEZAAN 'REFLOW' & 'REBALL'

Alhamdulillah.... Setelah sekian lama saya menceburi bidang membaiki & menservis komputer sejak beberapa tahun ni, banyak ilmu yang makin saya pelajari. Insyaallah, bermula minggu depan atau awal bulan April 2011 nanti saya akan menyediakan perkhidmatan 'REBALL GPU' kerana salama ini saya cuma menyediakan perkhidmatan 'REFLOW GPU' sahaja. Sementara menunggu Infrared Machine yang saya order dari US tiba, ada eloknya saya terangkan serba sedikit tentang perbezaan di antara 'Reflow' dan 'Reball' kepada pengguna notebook lebih lebih lagi kepada pengguna yang sedang memiliki dan menggunakan notebook yang mempunyai GPU Nvidia mahupun ATI.


Setelah sekian lama mengguna notebook, GPU anda akan mengalami kerosakkan. Apabila kerosakkan GPU melanda, anda akan dapati laptop anda tiada paparan di skrin sedangkan LED HDD anda berkelip seperti biasa. Kerosakkan GPU ini biasanya di sebabkan bebola timah di bawah GPU anda sudah mengalami keretakkan yang biasanya tak dapat di lihat oleh mata kasar. Oleh itu, cara untuk menyelesaikan masalah GPU ini hanya ada 3 cara sahaja seperti di bawah :

1- Reflow
2- Reball
3- Menukarkan GPU kepada yang baru.


REFLOW
Kerja kerja reflow adalah di antara kerja yang paling mudah untuk membaiki GPU tetapi bersikap sementara dan biasanya kerja reflow ini hanyalah di lakukan oleh AMATUR kerana tidak menggunakan banyak peralatan dan pengalaman dan memakan masa yang singkat. Rata-rata laptop yang di reflow akan bertahan sekitar 1 minggu ~ 2 bulan sahaja bergantung kepada cara penggunaan dan model notebook itu sendiri. Kos pembaikian dengan cara reflow adalah sekitar RM 50 ~ 100 sahaja.
Reflow hanyalah memanaskan GPU dengan harapan mencairkan dan mencantumkan kembali mana mana bebola timah yang mengalami keretakkan. Tetapi kerja reflow ini memerlukan chemical khas dan menggunakan alatan dan mesin khas dengan suhu tertentu. Jangan sesekali menggunakan minyak kerana ini akan membuatkan motherboard anda rosak terus.



REBALL
Kerja reball ini pula agak berat kerana banyak peralatan yang di perlukan dan kemahiran yang tinggi di perlukan untuk kerja reball. Kerja reball ini lebih rumit jika di bandingkan dengan reflow. ketahanan GPU yang di reball boleh menjangkau ke 1 setengah tahun dan kos untuk reball ini pula sekitar RM 150 ~ 300.
Setelah bebola timah GPU mengalami keretakkan, biasanya tidak akan dapat di pulihkan atau di kukuhkan semula seperti yang asal walaupun di reflow menggunakan peralatan canggih atau meggunakan chemical yang bagus. Oleh itu, reball adalah satu satunya cara yang paling berkesan.


Reball adalah kerja menggantikan bebola timah di bawah GPU dengan bebola yang baru. Biasanya kerja reball untuk satu notebook boleh mengjangkau ke 3 ~ 4 jam. Biasanya GPU akan di angkat menggunakan perlatan khas dan bebola timah yang lama akan di bersihkan dari GPU dan motherboard. Setelah bebola timah yang lama di bersihkan, bebola timah yang baru akan di letakkan menggunakan acuan yang di tempah khas dan GPU akan di di patrikan kembali ke motherboard menggunakan mesin Infrared yang khas.


Bagi pengetahuan pengguna, reball hanya berkesan untuk GPU yang masih belum di reflow atau GPU yang masih berfungsi kerana sesetengah GPU gagal berfungsi setelah di flow kerap kali atau di reflow dangan cara yang tidak betul dengan suhu yang tidak sesuai. Bagi GPU yang sudah rosak, hanya ada 1 cara sahaja untuk membaik pulih kembali motherboard iaitu menukarkan GPU kepada yang baru.




CHANGE GPU
Change GPU dalam bahasa melayunya adalah tukar GPU. Tukar GPU ini boleh di katakan senang sedikit kerjanya jika di bandingkan dengan reball kerana GPU yang baru biasanya datang bersama dengan bebola timah. Hanya bersihkan motherboard dan patri GPU baru. Itu sahaja... Walaupun agak senang kerjanya, kos untuk GPU yang baru termasuk kos pemasangan pula boleh mengjangkau sehinggan RM 350 tetapi pengguna di jamin berpuas hati kerana motherboard anda akan menjadi seolah olah motherboard yang baru kerana GPU adalah salah satu komponen yang penting dalam sesebuah laptop.




Setelah anda baca keterangan saya di atas, saya rasa anda boleh nilaikan dan membuat pilihan anda sendiri yang mana anda akan pilih... Jangan mudah tertipu dengan juruteknik yang meminta kos yang tinggi untuk membaiki laptop anda sedangkan hanya menggunakan langkah 'REFLOW'.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat....

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )