Wednesday, April 11, 2012

DELL VOSTRO NOT CHARGING NO DISPLAY & FREEZE


 Salam 1 Malaysia,

Baru-baru ini saya banyak terima satu model laptop dari jenama Dell dari series Vostro 1200 yang bersaiz 12.1 Inch. Kabanyakkan masalah yang di alami oleh model ini juga kebanyakkannya terdiri daripada masalah seperti di bawah :
  1. Tiada Paparan / No Display
  2. Tidak Boleh Cas Bateri / Not Charging
  3. Paparan Beku / Hang or Freeze
  4. Auto Shutdown
Masalah 1 / 3 / 4 di atas berpunca dari  kegagalan voltan ( Voltage Core ) yang seharusnya di bekalkan ke kapasitor Graphic Chipset samada lebih atau kurang. Jika voltan ke Core kapasitor terlebih dari yang sepatutnya, laptop anda akan mengalami masalah seperti Auto shutdown manakala jika voltan yang di bekalkan pula kurang, laptop akan mengalami masalah seperti tiada paparan atau paparan akan menjadi beku atau lebih di kenali sebagai Hang atau Freeze.


Bagi menyelesaikan masalah seperti ini, anda perlu menukarkan beberapa SMD IC yang berkaitan bagi menstabilkan kembali aliran voltan pada motherboard. Salah satu SMD IC yang perlu di tukar adalah PQ106 yang berada berhampiran dengan Graphic Chipset.



Bagi mereka yang memiliki laptop jenis dan model ini yang mengalami masalah sepertimana di atas, bolehlah menghubungi saya bagi khidmat membaiki motherboard yang rosak tersebut dengan harga yang cukup berpatutan.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )
www.snspc.blogspot.com


Terima Kasih

4 comments:

  1. Assalam, laptop saya, aspire 4750z, screen berterusan flashing time nak loading BIOS. Kejadian berlaku selepas saya install windows 7. Encik blh tgk kat sini, http://www.youtube.com/watch?v=6sfC9OnhjNQ. Boleh tak encik tolong saya berikan ulasan sebab dan cara penyelesaiannya, terima kasih di atas bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kerosakkan sebegini ada kaitan dgn BIOS.

      Delete
    2. Ok, terima kasih en hafiez, jadi cara yg terbaik adalah flashing BIOS kan...

      Delete