Saturday, August 30, 2014

KUNJUNGAN PELANGGAN DARI HOLLYWOOD

Salam 1 Malaysia....

Tak di sangka oleh saya sendiri, semalam 30 Ogos 2014 saya terima panggilan dari seorang pelanggan yang mencari kedai saya di Jalan Harmoni Utama tetapi tidak di jumpai oleh beliau jadi saya seperti biasa akan menjemput pelanggan dari satu tempat yang telah di tetapkan oleh beliau sendiri... Sesudah sampai di tempat tersebut, beliau mengikuti kereta saya dari belakang hingga ke kedai saya yang terletak hanya 500 meter dari tempat perjumpaan kami tadi...

Sejak saya terima panggilan telefon dari beliau. saya dapat tahu loghat percakapan beliau seperti orang yang berasal dari United States ( US ) tapi jangkaan saya silap... Selepas memperkenalkan diri beliau, beliau bernama Jaya R. Ramalingham berasal dari Ipoh, Perak tetapi yang agak menarik perhatian saya ialah, beliau adalah salah seorang kru terpenting dalam pembikinan sesebuah filem. Mr. Jaya adalah seorang Jurutera Audio untuk filem dan telemovie Hollywood dan yang paling penting adalah beliau Anak Kelahiran Malaysia yang telah berjaya hidup di tempat yang tidak asing lagi di mata dunia iaitu, HOLLYWOOD....

Hasil temubual saya dengan beliau sementara menunggu laptop beliau siap, beliau telah berhijrah ke Hollywood US selepas SPM ( 17 Tahun ) dan telah bekerja sebagai Sound Krew dan sekarang telah memiliki seksyen audio tersendiri dengan kru krunya sendiri... Sekarang beliau sudah pun berumur 53 tahun dan saya berpeluang bertemu beliau di kedai saya kerana beliau terlibat dengan pembikinan satu filem Hollywood yang membuat pengambaran di Pinewood Iskandar, Nusajaya...

Terus terang saya katakan yang saya cukup kagum dengan anak kelahiran Malaysia yang berpeluang merantau ke US dan telah membuka seksyen audio sendiri di Hollywood dan mempunyai staff dan kru rakyat US. Saya bangga kerana beliau adalah ANAK MALAYSIA...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57



LINK IMDB BELIAU :
http://www.imdb.com/name/nm0707974/?ref_=fn_al_nm_1


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57

No comments:

Post a Comment