ACER ASPIRE 4743 4750 4752 4755 NO POWER / AUTO OFF / NO DISPLAY / NO CHARGING
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sepanjang tahun 2014, saya jarang update blog saya dengan info-info terkini tentang tips tips mengenal pasti kerosakkan motherboard laptop kerana sibuk dengan urusan membaiki motherboard di kedai saya yang semakin hari semakin banyak yang perlu di perbaiki dan terbaru ini banyak laptop2 model terbaru dari Asus , Lenovo , Fujitsu dan banyak lagi yang mula membanjiri meja bengkel saya...
Tapi hari ni saya tolak tepi dulu brand2 tersebut kerana saya suka untuk memberi laluan kepada brand yang banyak di guna pakai di Malaysia ni iaitu ACER... InsyaAllah post akan datang saya akan post permasalahan laptop bagi jenama ASUS LENOVO dan FUJITSU...
Buat masa terdekat ini, banyak saya terima laptop ACER ASPIRE bermasalah dari model seperti yang tertera di bawah :
4743 / 4743Z / 4743G / 4743ZG
4750 / 4750Z / 4750G / 4750ZG
4752 / 4752Z / 4752G / 4752ZG
4755 / 4755Z / 4755G / 4755ZG
Masalah yang biasanya saya jumpa untuk model ni seperti tiada paparan, tidak masuk cas, off secara tiba tiba, tiada power masuk dan pelbagai lagi... Model-model seperti di atas sebenarnya menggunakan motherboard yang sama tetapi berbeza casing luarannya dan secara automatiknya, jenis kerosakkan juga adalah hampir sama...
Suka saya ingatkan bagi pengguna laptop model ini untuk menggunakan adapter yang ASLI yang di keluarkan oleh LITEON atau DELTA sahaja yang di bekalkan oleh ACER ketika anda membeli laptop ini kerana banyak saya jumpa masalah laptop model ini berpunca dari adapter yang tidak asli atau power voltagenya kurang stabil bila di gunakan dalam masa yang lama..
Apabila adapter menyalurkan bekalan kuasa yang tidak stabil ke laptop anda, biasanya Power IC juga akan menjadi tidak stabil untuk menyalurkan kuasa ke bahagian bahagian ( IC ) lain di blok motherboard dan apabila ini kerap berlaku, Power IC akan mengalami kerosakkan yang serius dan menyebabkan kerosakkan pada bahagian Power Supply IC / Display Blok / Charging IC / Power IC itu sendiri...
Jadi, bagi pengguna model ini, saya cadangkan terus menggunakan adapter original dan sekiranya adapter original telah rosak, cuba dapatkan / beli adapter yang baharu dan original dari kedai berhampiran atau, jika tiada bekalan adapter original di tempat anda, cubalah membeli adapter yang agak bagus seperti brand MARTECH... Jangan sesekali membeli adapter yang terlalu murah kerana biasa adapter sebeginilah yang kestabilan bekalan kuasanya di ragui...
Bagi pengguna laptop model ini yang telah pun mengalami masalah sebegini, bolehlah menghubungi saya untuk membaik pulih motherboard laptop anda hanya dengan kos RM100-150 sahaja...
Bagi pengguna laptop ini yang mengalami masalah ini dan memerlukan
part atau memerlukan saya untuk membaik pulih bolehlah menghubungi saya
di :
Johor Bahru - 0179911659 Call / sms / Whatsap
KL / Selangor - 0107070997 Call / sms / Whatsap
Kedah - Kelantan - Terengganu sila ke blog di bawah :
http://mobotechgroup.blogspot.com/
salam...kedai encik dimana...rawang ada k
ReplyDeleteSalam...
DeleteSila hubungi Man 0107070997 utk yang sekitar Selangor / KL.
Terima Kasih.