Sunday, March 20, 2011

MENGENAL PASTI KEROSAKKAN GPU ATAU LCD


Sepertimana tajuk yang terpampang di atas sana, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang bagaimana cara untuk mengenal pasti kerosakkan LCD ataupun kerosakkan GPU supaya kita tidak tersalah menukar parts dan secara automatiknya akan merugikan kita sendiri.

Jika tiba tiba laptop anda tiada paparan setelah di ON kan, jangan panik... Ikuti langkah langkah di bawah...

1- Periksa Memori Laptop ( RAM )
Pastikan cooper track dalam keadaan bersih atau bersihkan dengan mengosokkan pemadam pensil ke cooper track hingga cooper track itu berkilat. Pasangkan RAM kembali dengan kedudukan yang betul dan ON kan kembali laptop anda. Jika masih tiada paparan, sila ikuti langkah yang ke  2.





2- Periksa Menggunakan External Monitor
Sambungkan External Monitor ke laptop anda. Tak kira monitor CRT mahu pun LCD sebab semuanya sama. Pastikan sambungan VGA nya rapat dan ON kan laptop. Jika external monitor anda mempunyai paparan bermakna, LCD laptop ataupun VGA flat cable laptop anda mangalami masalah dan jika masih tiada sebarang paparan di external monitor, itu bermakna GPU anda yang mengalami masalah.

Sekiranya LCD atau VGA Flat Cable yang mempunyai masalah, anda boleh menukarkan LCD kepada yang baru dengan harga sekitar RM 380 dan jika VGA Flat Cable yang bermasalah, anda boleh dapati parts itu dengan harga sekitar RM 100 ~ 200 sahaja. Sekiranya GPU anda pula yang bermasalah, anda boleh membaiki GPU anda dengan kos sekitar RM 150 ~ 250.



Saya harap dengan penerangan di atas dapatlah anda mengenal pasti kerosakkan sebenar laptop anda dan dapatlah anda membaiki atau menukarkan part yang tepat tanpa mengambil masa yang panjang dan kos yang terlalu mahal. Pada sesiapa yang memerlukan khidmat saya untuk menukarkan LCD, VGA Flat Cable atau membaiki motherboard, sila hubungi saya di :

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing ) 

5 comments:

  1. lu ltak harga 100 pn org xnk dtg la sbb tmpat wan lg bgs kt pandan

    ReplyDelete
  2. Salam. Berniaga ni ada persaingan tapi bersainglah secara sihat. Kita kan org Islam.

    ReplyDelete
  3. salam,bantui saya dalam permasalahan mengenai komputer..ble tak?..

    ReplyDelete
  4. Salam, ada supply flat cable butang kuasa untuk laptop 1Malaysia jenama Creatiiv HS30 tak.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info.. sangat bermanfaat.. :)

    ReplyDelete