Monday, July 25, 2011

REPAIR & SERVICE AREA ROMPIN ENDAU MERSING

Semenjak wujudnya blog saya, ramai yang bertanya lokasi tempat atau kedai saya. Lokasi kedai saya sebenarnya bertempat di Taman Molek, Johor Bahru.

Untuk memudahkan para pengikut blog saya, saya telah pun menempatkan seorang staff saya untuk menjalankan kerja kerja membaik pulih Laptop di Mersing Johor. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Mersing Johor, bolehlah berhubung terus dengan staff saya.

Nama : Mohd Osman
No. Tel : 010-7070997

Bagi mereka yang berada di sekitar Mersing Johor, perkhidmatan pengambilan dan penghantaran di berikan secara PERCUMA.

Terima Kasih

Tuesday, July 19, 2011

AMARAN BAGI PENGGUNA COMPAQ CQ40


Bagi semua pengguna laptop keluaran Compaq model CQ40 samada Intel atau AMD adalah di galakkan untuk mengemaskinikan BIOS yang terbaru sebelum laptop anda mengalami masalah. Masalah yang akan timbul sekiranya BIOS terbaru tidak di kemaskini adalah seperti di bawah :

- Auto Shutdown
- Auto ON & OFF
- No Display

Untuk mengemaskinikan BIOS, anda boleh memuat turun software BIOS dari link di bawah :
http://h20000.www2.hp.com/bizsupport/TechSupport/ProductList.jsp?lang=en&cc=us&taskId=135&prodSeriesId=3752105&prodTypeId=321957

Adalah di nasihatkan supaya anda memuat turun BIOS yang tepat dengan model laptop anda. Sila dapatkan model laptop anda pada sticker yang di tampal pada bahagian bawah laptop anda. Contohnya :

Presario CQ40-xxxTU / Presario CQ40-xxxAU

Bagi pengguna laptop yang kurang mahir untuk mengemaskini BIOS, saya cadangkan untuk menghantar pada kedai komputer yang berdekatan dengan tempat anda. Jangan tunggu sehingga laptop anda mengalami kerosakkan kerana kos membaik pulih masalah ini boleh mengjangkau sehingga RM 100 - 350.

Kepada yang ingin mengetahui maklumat secara lanjut, sila hubungi saya di :

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )
Terima Kasih....

Monday, June 27, 2011

LAPTOP HANG & SHUT DOWN SELEPAS 5 MINIT

Baru baru ni saya terima satu unit Toshiba L200 dan HP DV1000 yang mengalami masalah yang hampir sama iaitu hang & auto shut down kira-kira 5-10 minit di ON kan. Kedua dua unit ini berjaya masuk ke windows sehingga ke wallpaper tetapi tiba - tiba hang tak tentu pasal. Puas juga saya mencari apa salah dan silap pada motherboard tetapi reading pada multitester menunjukkan bacaan yang tepat. Setelah di periksa semula, saya dapati HDD ( Hard Disk Drive ) mengalami kerosakkan yang di kenali kelajuan bacaan HDD yang kurang stabil.


Jika HDD yang mengalami kerosakkan seperti ini, biasanya sangat sukar di kesan kerana HDD ini boleh di baca sekiranya di sambung pada external HDD adapter tetapi HDD ini akan mengalami kegagalan untuk berfungsi secara normal untuk menjalankan OS.



Setelah saya menukarkan kepada HDD yang baru, kedua dua laptop tadi berfungsi seperti sediakala tanpa sebarang masalah dan kedua dua HDD yang mengalami kerosakkan tadi di pulangkan kembali kepada pelanggan saya untuk di jadikan external hard disk. Sekiranya laptop anda mengalami masalah yang sama seperti ini, jangan sesekali membuang HDD ini kerana HDD yang mengalami kerosakkan ini masih boleh di jadikan external hard disk dan hanya perlu memodalkan RM 20 untuk membeli external hard disk casing sahaja.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Monday, June 20, 2011

BACKLIGHT OR INVERTER PROBLEM

Salam pada semua pembaca blog saya... Agak lama saya tiada sebarang post terbaru pada blog ni di sebabkan kesibukkan kerja kerja membaik pulih laptop dan LCD monitor dalam sebulan yang lepas. Harap maaf...



Dalam seminggu dua ni, hampir 7 unit laptop yang saya terima untuk di baiki memgalami masalah yang sama iaitu no backlight atau tiada lampu paparan. Jika di lihat dengan teliti, anda dapati paparan yang terdapat pada LCD berfungsi seperti biasa cuma hanya dalam keadaan yang cukup gelap di sebabkan tiada lampu paparan yang menyala di belakang. Biasa kes seperti ini di sebabkan kerana kegagalan 'Inverter' berfungsi secara normal atau kerana kerosakkan Lampu backlight itu sendiri.

Sila ikuti langkah langkah di bawah untuk mengenal pasti kerosakkan laptop anda.

KEROSAKKAN INVERTER

Inverter adalah satu papan PCB kecil dan panjang yang terletak betul betul di bawah LCD anda. Tugas inverter pula ialah menerima kuasa AC dan menukarkan kuasa AC itu kepada voltan tinggi DC yang di perlukan untuk menghidupkan lampu paparan belakang yang terdapat pada papan LCD laptop anda. Anda boleh cuba menukarkan inverter laptop anda dan sekiranya lampu paparan masih tidak menyala, berkemungkinan besar, lampu paparan belakang LCD anda mengalami kerosakkan.

Anda boleh mendapatkan inverter board dari mana mana kedai spare part dengan harga sekitar RM 50 - 100 mengikut model dan kondisi.


KEROSAKKAN BACKLIGHT


Sekiranya inverter sudah pun di tukar kepada yang baru tetapi lampu paparan belakang masih juga tidak berfungsi, itu menandakan laptop anda mengalami kerosakkan lampu backlight. Lampu backlight ini boleh di dapati di mana mana kedai spare part laptop dengan harga sekitar RM 50 sahaja tetapi harga kos penggantian pula sekitar RM 50 - 80. Ini kerana kerja menggantikan lampu backlight lebih susah dan rumit jika di bandingkan dari kerja pemasagan LCD baru atau penukaran Inverter. Ingin saya ingatkan kepada pembaca blog ini. Hanya individu yang mahir sahaja mampu menukarkan lampu backlight ini dan jangan sesekali cuba untuk menukarkan lampu backlight sendiri sekiranya anda kurang mahir, kurang peralatan atau kurang yakin kerana sedikit kesilapan boleh membuatkan LCD anda terus tidak menyala atau mengalami kerosakkan yang lain pula.

Bagi pembaca yang mengalami masalah ini, bolehlah hubungi saya untuk khidmat nasihat atau boleh hantarkan laptop anda untuk di baiki oleh saya sendiri.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Sunday, May 8, 2011

PERTANYAAN ANDA SENTIASA CUBA DI JAWAB

Dalam sebulan dua ni, saya banyak terima pertanyaan dari pembaca blog ni dari segi email mahupun telefon dan sms. Bagi yang menelefon saya ketika line saya busy, harap maaf dan bagi sms yang tidak di reply juga saya minta maaf banyak banyak dan saya harap saya dapat membantu tuan puan sekelian tetapi kadangkala saya terlalu sibuk dan terlupa. Harap maaf semua.

Di sini saya lampirkan dua lagi cara untuk menghubungi saya dan saya harap dengan cara ini saya boleh menggingati semua soalan soalan yang tertunggak dan belum di jawab oleh saya sendiri. Buat semua pengikut mahupun pembaca blog saya yang mempunyai soalan mengenai laptop, notebook, netbook mahupun PC, bolehlah menghubungi saya melalui beberapa cara seperti yang tertera di bawah :

Phone :
017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing ) 
Facebook : http://www.facebook.com/SnsPc
Email : dr.notebookpc@gmail.com

Saya harap selepas ini tiada lagi pembaca blog saya yang mengeluh untuk menunggu jawapan kepada soalan yang telah di ajukan kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada semua pembaca blog saya yang sentiasa menyokong saya selama ini. Walaupun saya tidak berurusniaga dengan anda tetapi saya berpuas hati sekiranya saya dapat menyelesaikan masalah laptop tuan puan dengan menjawab segala pertanyaan tuan puan.

Terima Kasih

Friday, April 29, 2011

MASALAH NOTEBOOK ACER ASPIRE HD

 
MASALAH ACER ASPIRE SERIES TERBARU
Minggu ni saya banyak terima notebook Acer Aspire 6920G 4935 4935G untuk di baiki. Rata rata jenis kerosakkannya terdiri dari kerosakkan yang sama. Sila rujuk permasalahan di bawah :

1- Notebook auto restart apabila adapter di sambungkan pada notebook
2- Notebook tak boleh di format
3- Notebook tak boleh di shutdown secara normal
4- Selalu Hang / Freeze
5- Power OFF selepas 1 - 2 saat apabila butang ON/Start di tekan




Masalah seperti di atas berpunca dari kegagalan IC tertentu berfungsi secara normal kerana IC tertentu mungkin mengalami kerosakkan. IC yang menyebabkan mesalah di atas biasanya membekalkan voltan tertentu kepada Processor dan GPU dan sekiranya voltan yang di bekalkan kepada Processor atau GPU terlebih atau terkurang, ini akan menyebabkan masalah2 seperti di atas. IC yang terlibat dalam permasalahan ini biasanya hanya 1 atau 2 sahaja tetapi IC ini adalah antara yang termahal di dalam sekeping motherboard. Harga IC ini boleh mengjangkau ke RM 45 sekeping tidak termasuk kos pemasangan kerana pemasangan untuk IC ini cukup sensitif.

Model laptop Acer yang selalu mengalami masalah sebegini adalah seperti di bawah :

Aspire 4736 4736Z 4736G 4935 4935Z 4935G 6920 6920G dan beberapa lagi model Aspire yang terbaru.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah seperti di atas, boleh dapatkan IC ini daripada saya dengan harga RM 45 sahaja untuk 1 unit atau bolehlah manghantar laptop anda kepada saya untuk di baiki. Saya hanya memerlukan masa 1 hingga 2 jam untuk membaiki kerosakkan seperti yang tertera di atas. Kos pembaiki kerosakkan seperti ini pula sekitar RM 120 - 150 mengikut model.

017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

Tuesday, April 19, 2011

NO POWER NO CHARGING & LED ADAPTER BLINKING




Semalam sehari suntuk saya megerjakan 2 unit Acer Aspire 3680 dan 2 unit Acer Aspire 5050. Masalah kedua dua model ni sama je. Tak boleh ON, tak boleh charge dan LED Adapter Blinking setelah di plug in ke laptop. Masalah ni di sebabkan kegagalan komponen IC di bahagian Trans Power AC/DC.

Ketika mula mula mencari punca, saya dapati bacaan voltage pada meter saya hanya sekitar 3V sedangkan voltage yang sepatutnya adalah sekitar 19.5V. Setelah di periksa dengan lebih teliti, saya dapati MOSFET IC pada motherboard mengalami kegagalan untuk berfungsi. Setelah MOSFET IC di buka, LED pada adapter menyala seperti biasa tanpa berkelip seperti sebelumnya. Saya gantikan 2 unit MOSFET IC dengan yang baru dan 1 capasitor yang juga mengalami kerosakkan dan setelah selesai kerja mengganti komponen yang rosak kepada yang baru, laptop kembali berfunsi seperti biasa.


Kepada pengikut blog saya, pastinya ingin tahu rupa bentuk MOSFET IC yang saya maksudkan. Sila rujuk gambar di sebelah. MOSFET IC mempunyai 2 jenis iaitu N & P dan ada pelbagai siri yang di gunakan pada motherboard laptop. Hampir setiap jenis model dan jenis laptop mempunyai MOSFET IC yang berlainan siri ( Nombor ). Kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan sama seperti di atas, bolehlah cuba menukarkan MOSFET IC sendiri tetapi pastikan anda mempunyai peralatan yang lengan dan kemahiran dalam bidang elektronik dan jangan sesekali cuba untuk DIY ( Do It Yourself ) sekiranya anda kurang arif kerana sedikit kesilapan yang di lakukan boleh mendatangkan lebih banyak masalah pada motherboard anda.



Sekian....

017-9911659 - Hafiez