Sunday, February 27, 2011

BUNYI BEEP KETIKA START UP / BOOT

Semalam ada pemilik V3000 Compaq datang ke kedai saya kerana notebooknya berbunyi "beep" berulang kali ketika boot ( Sebelum masuk OS ) dan touch padnya tidak aktif. Sebelum hadir ke kedai saya, pemilik itu sudah pun pergi ke kedai komputer lain di seluruh tempat di Johor termasuklah Kulai dan Kota Tinggi dan rata-rata technician kedai komputer mengesorkan pemilik V3000 itu untuk menukarkan Mobo ( Motherboard ) dengan kos lebih kurang RM500 ~ 600.



Setelah saya periksa, bunyi beep itu berpunca dari kerosakkan keyboard dan perlu di servis atau di tukar. Pemilik setuju untuk menukarkannya dengan keyboard terpakai dengan Harga RM80 dan masalah "beep" selesai. Setelah memeriksa dengan lebih lanjut, saya dapati hampir 10 driver tidak di download dan di installkan dengan betul. Saya installkan kesemua driver yang perlu dan touchpad masih tidak berfungsi dengan betul.



Saya periksa pula ribbon touch pad dan dapati ribbon touch pad sudah pun mengalami sedikit keretakkan. Saya tukarkan ribbon touch pad dan touch pad nya kembali berfungsi seperti biasa.


Dari kes ini, saya dapati sesetengah kedai komputer mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan permasalahan notebook tanpa mengira kos yang bakal di keluarkan oleh pemilik notebbok itu sendiri sedangkan mssih ada cara lain utnuk menyelesaikan permasalahan tanpa perlu mengeluarkan belanja lebih. Saya cadangkan kepada pemilik pemilik notebook untuk mencari kedai komputer yang betul sebelum menghantarkan notebook anda untuk di baiki dan pastikan kedai komputer itu sendiri mempunyai technician yang mahir untuk mengendalikan atau membaiki notebook anda.

Terima Kasih
Hafiez 017-9911659

No comments:

Post a Comment