Friday, February 11, 2011

NOTEBOOK V3000 OVERHEAT / PANAS

Ini lagi satu punca yang menjadi masalah kepada laptop model V3000. Kepanasan yang melampau membawa kepada lebih banyak masalah termasuk kerosakkan pada motherboard. Kepada pengguna laptop model V3000 ni, masalah kepanasan akan timbul setelah 2 - 3 tahun dan ada sesetengahnya sudah pun mengalami kerosakkan motherboard sebelum 2 tahun tempoh penggunaan.


Masalah kepanasan bagi V3000 ini boleh di kenal pasti dengan merasa menggunakan jari di papan suis ON / OFF. Jika kepanasan di papan itu dapat di rasa sebelum 1 jam laptop di hidupkan, maknanya anda harus menservis laptop anda supaya kembali kepada suhu asal seperti sebelumnya. Biasanya simptom2 kepanasan ini akan menunjukkan tanda2 permulaan melibatkan kerosakkan motherboard setelah laptop tiba2 padam / mati dengan sendirinya ketika anda menggunakan laptop. Biasanya, laptop akan megalami AUTO OFF setelah mencapai suhu lebih kurang 110 celcius. Pada suhu ini, berkemungkinan boleh menyebabkan crack pada timah solder pada komponen komponen elektronik pada motherboard yang akan menyumbang kepada masalah board dan ic yang penting.




Saya nasihatkan, kepada pengguna V3000 yang mengalami masalah overheat / kepanasan seperti ini supaya menservis cpu fan ( Lihat gambar di sebelah ) atau hantar laptop anda untuk di servis dengan kos hanya sekitar RM 30 ~ 50 sebelum mengalami kerosakkan motherboard. Sekiranya laptop anda sudah pun mengalami kerosakkan pada motherboard seperti, susah ON, tiada paparan, tiada power atau sebagainya, anda bolehlah menghantar motherboard anda untuk di baiki dengan kos RM150 ~ 200 atau menukarkan motherboard dengan kos RM 550 ~ 650.


017-9911659 - Hafiez ( JB )
010-7070997 - Man ( Mersing )

7 comments:

  1. tumpang bertanya...
    apakah tahap kepanasan yang selamat/sesuai/normal bg laptop?dan apakah tahap kepanasan max bg sesebuah laptop?
    cpu=?
    ram=?
    hdd=?

    ReplyDelete
  2. Biasanya tahap kepanasan maximum untuk keseluruhan adalah jangan melebihi 85 darjah.

    ReplyDelete
  3. tQ,jawapan En. Hafiez sgt membantu..andai saya d JB pasti cari kedai Dr. Notebook & PC utk sevis laptop saya.

    ReplyDelete
  4. kalo panas kt handrest??

    ReplyDelete
  5. slm en hafiz.....nak tanya saya ada cq20 tp selalu auto shutdown.....heatsink dah dibersihkan tp masalah tetap sama.apakah masaalahnya.tkasih.

    ReplyDelete
  6. CQ20 andan mungkin mengalami masalah low voltage supply dan mungkin berpunca dari kegagalan beberapa IC yang berkaitan.

    ReplyDelete