Sunday, February 6, 2011

Punca LCD Bergoyang Dan Berkelip Kelip

PERMASALAHAN & KEROSAKAN LCD




Dalam pemerhatian & pengalaman selama saya menservis dan membaiki komputer, saya amati ada satu masalah yang saya rasa agak besar juga iaitu permasalan LCD. Kerosakkan LCD bukan hanya di sebabkan keretakan dan pecah pada papan paparan LCD tetapi sekarang kerosakan LCD di sebabkan paparan berkelip dan bergoyang semakin meningkat hari demi hari. Permasalahan LCD ini saya golongkan dalam permasalahan yang agak berat kerana KOS penukaran LCD sekarang sudah meningkat sehingga RM350 ~ 450 untuk sekeping LCD.



Permasalahan                Kos Servis / Baiki
Biasa                               RM 50 ~ 100
Sederhana                       RM 101 ~ 300
Berat                               RM 301 ~ 600

Di sini bukannya saya nak terangkan sebarang statistik tetapi punca - punca kenapa sesetengah LCD notebook mengalami masalah bergoyang dan berkelip.





Sudah menjadi trend zaman sekarang manusia tidak mahu ketinggalan dalam apa jua pembaharuan termasuklah dalam bidang IT ni. Dari Windows ME, 2000, XP, Vista dan yang terbaru ialah Windows 7 yang baru di lancarkan beberapa tahun yang lalu. Pada 2010, saya rasakan sudah ramai pengguna notebook bertukar dari Windows XP & Vista ke Windows 7 kerana merasakan Windows 7 ini adalah antara yang terbaik pernah terbit di dunia tetapi tahukah anda, bukan semua notebbok sesuai untuk menggunakan OS ini. Kesilapan pengguna notebook ialah tidak sedar keupayaan notebook yang sesetengahnya tidak mampu untuk menampung penggunaan OS Windows 7 dan membawa kerosakkan pada notebook itu sendiri.

Kerosakkan yang biasa di alami oleh notebook setelah pertukaran OS ke Windows 7 adalah seperti di bawah.

1- LCD Bergoyang / Berkelip
2- Kerosakkan Motherboard
3- Power Problem

Dalam pemerhatian saya, ada sesetengah notebook tidak mampu menampung beban OS Windows 7 ini adalah seperti Compaq CQ40 AMD, DV2000, V3000 AMD, Acer 4520, HP TX1000, TX2000 dan banyak lagi. Notebook jenis ini jelas sama sekali tidak mampu menampung OS Windows 7 kerana notebook jenis ini menggunakan GPU Nvidia / ATI yang sememangnya mudah panas dan blow apabila mencapai satu suhu maksima.


Saya ingin menasihatkan kepada pengguna yang menggunakan notebook yang mempunyai GPU ATI atau Nvidia supaya tidak menggunakan OS Windows 7 ini sehinggan OS ini benar benar stabil satu hari nanti.



Bagi pengguna pengguna laptop yang sudah mengalami kerosakkan LCD atau Motherboard di sebabkan OS ini, anda bolehlah menghantar set notebook anda untuk di baiki dengan kos RM 150 ~ 200 untuk motherboard atau RM350 untuk LCD. Bagi pengguna sekitar JB, boleh hubungi saya di 017-9911659 jika ingin mengunakan khidmat saya untuk membaiki set notebook anda. Hanya 1 jam di perlukan untuk membaiki dengan kos RM 150 sahaja.

20 comments:

  1. as salam...saya pengguna compaq presario V3000..adakah ianya tidak sesuai menggunakan os window7?adakah V3000 AMD yg en hafiez maksudkan tu sama dgn compaq presario V3000?

    ReplyDelete
  2. Compaq V3000 ada dua series. Intel & AMD. Bagi V3000 Intel, ianya selamat untuk menggunakan OS Windows 7 tetapi tidak untuk V3000 AMD.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas jawapan..ia sgt membantu..

    ReplyDelete
  4. screen laptop compaq cq40 sy berkelip2....tp sy x tuka OS ke windows 7...masih menggunakn vista sejak beli pd thn 2008. kenape ye??? kalo hntr repair brape caj die?

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Antara faktor lain yang menyebabkan masalah LCD berkelip adalah overheat padaLCD itu sendiri dan menyebabkan LCD ribbon pada LCD crack dan satu lagi puncanya adalah jenis dan model LCD itu sendiri. Apa yang saya amati, kebanyakkan LCD yang mengalami kerosakkan sebegini adalah dari jenis LG Display model LP141 series. Kerosakkan sebegini tidak boleh di baiki melainkan menukarkan LCD kepada yang baru.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya, saya mmg ada masalah lepas tukar dari vista ke win7, lcd kelip², tapi dekat bahagian bawah saja(bahagian bar biru kat bawah).. pastu lepas sejam, dia ilang sendiri.. ada orang cakap pasal inverter.. atau mmang sebab win7. betul kah?..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Inverter hanya bertindak untuk menyalurkan kuasa bagi menghidupkan 'backlight' LCD dan tiada kena mengena dengan garis garis halus pada laptop anda. Pada pengalaman saya, LCD anda sudah mula menunjukkan simptom kerosakkan dan garis garis halus di bawah akan semakin banyak dalam masa terdekat. Salah satu punca kerosakkan LCD adalah tahap suhu dan saya syorkan anda menukarkan LCD anda dan pilihlah LCD berjenama Samsung kerana jenis ini lebih tahan dari LCD berjenama LG.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  8. salam...mslh lapy saye brgegar la, plizzzz bantu

    ReplyDelete
  9. Salam ...HP TX 1000 saya tak boleh on ...led pada jack power nyala sekejap aje lepas tu padam....nak tahu berapa kos membaiki?

    ReplyDelete
  10. TX1000 anda mengalami kerosakkan pada motherboard dan kos mmbaiki pula sekitar RM150. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. salam laptop sy berkelip2 kt skrin sbelah kiri. sy dah hntar kdai die caj 250 tp still lg problems sma. dah 4kali sy hntr tp mcm 2 jgk. die ckp brg elektronik dlm skrin trbakar jd btul ke ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kerosakkan sebegitu terjadi, seharusnya pemeriksaan teliti perlu di buat bagi mengelak dari menganti part yang tidak sepatutnya di ganti bagi mengelakkan pengguna membayar lebih kos membaiki tetapi bagi pendapat saya, kes sebegini berpunca dari salah satu sebab sepertimana di bawah :
      - Inverter
      - LCD Backlight
      - LCD VGA Cable

      sebaiknya kerosakkan di kenalpasti dengan betul terlebih dahulu sebelum menukar sesuatu part.

      Terima Kasih

      Delete
  12. Salam...laptop dell saya mengalami masalah dimana,jika saya on,ia akan hidup dan akan menendang off sendiri,dan perkara tersebut akan berulang,mean,ianya on dan akan off sekejap dan on kembali...apa masalah tu ya?

    ReplyDelete
  13. salam.. saya baru lepas format laptop saya n upgrade ram dri 1gb ke 3gb.. tapi lepas dpat blik laptop tu.. bila on.. bukak file.. bila nk scroll.. screen berkelip.. bila hantar blik.. dye kata ram xsupport n tukar jd 2gb je.. then still jd benda yang sama.. kenape ye?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum . saya menggunakan pc acer S230HL . ada satu garis warna purple muncul dekat skrin . walaupun saya on/off komputer banyak kali . ia tetap tidak hilang , adakah ini berpunca dari kabel komputer atau masalah lain . saya harap encik dapat memberikan jawapan dengan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Simptom yg sebagaimana Cik nyatakan di atas sememangnya berpunca dari LCD / LED screen yang bermasalah dan sata tidak sesekali syorkan kerosakkan sebegini di perbaiki kerana kos membaik pulih terlalu mahal. Bagi memastikan LCD / LED benar2 rosak, sila tekan dan gosok pada penghujung kedua dua garisan tersebut dan jika garisan masih juga wujud bermakna, LCD / LED itu sudah rosak.
      Terima Kasih

      Delete
  15. Salam...tumpang tnya..sya mnggunakan lptop compaq cq42..ttpi skrin lcd tidak mnyala dan perlu di on bnyk kali bru ianya nk menyala...apakah kerosakan yng brlaku dan berapa pula kos untuk membaikinya..??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah berpunca dari kerosakkan motherboard... Bukan berpunca dari LED screen. Kos membaiki hanya sekitar RM 150. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi saya di 017-9911659. Terima Kasih.

      Delete
  16. Salam.. Saya guna tablet Sony Experia. Bagaimana nk selesaikan masalah paparan berkelip dan jadi jam. Saya dah shutdown dan restart tapi masih sama. Harap dpt membantu. T-kasih

    ReplyDelete