Friday, February 18, 2011

KEPENTINGAN FLASH BIOS BAGI NOTEBOOK

Pada awal tahun 2007, ramai penduduk di Malaysia memilih notebook untuk melayari internet berbanding desktop computer kerana notebook lebih senang dan mudah di bawa ke mana mana lebih lebih lagi notebook yang mempunyai "Wireless 802.11a/b/g/n receiver". Rata rata pengguna notebook di Malaysia malah di negara negara lain sekali pun tahu bagaimana cara untuk melayari internet tetapi saya yakin tidak ramai pengguna notebook tahu tentang BIOS.




BIOS adalah paparan yang pertama di paparkan oleh notebook setelah butang ON di tekan. BIOS juga bertindak sebagai pergerakkan pertama setiap notebook atau komputer. Tanpa BIOS, notebook atau komputer tidak akan mempunyai sumber untuk masuk ke OS ( Operating System ) atau Windows. BIOS juga bertugas untuk mengawal hardware hardware dalam sesebuah komputer termasuklah CPU FAN.



Untuk pengetahuan pengguna notebook yang membaca blog saya ini, saya nasihatkan agar mengemaskinikan BIOS notebook anda sebelum notebook anda mengalami kerosakkan motherboard kerana setiap kemaskini BIOS mempunyai tujuan tertentu seperti melancarkan lagi pusingan CPU FAN atau sebagainya. BIOS Software boleh di download di laman web jenama notebook anda seperti www.acer.com / www.compaq.com atau sebagainya. Haruslah di ingat, pastikan anda benar benar memahami segala langkah langkah untuk men"FLASH"kan BIOS kerana kesilapan satu langkah boleh membuatkan notebook anda terus mati.

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. mcmana nk update BIOS ?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Notebook saya sudah mati sebab bios. Bagaimana nk hidupkan balik dan kalau hantar di kedai berapa kos baikinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Kerosakkan di sebabkan kesilapan dlm flashing bios cuma boleh di atasi dengan menukarkan kembali IC bios beserta programming kembali ke bios asal. Biasanya kos sekitar RM80 - RM150.
      Terima Kasih

      Delete